Wednesday, December 31, 2025

ORKID/ ANGGERIK

 Assalamualaikum semua,

Aku ambil cuti dari 26 sampai 31/12 sebab utama, ramai yang cuti jadi aku tak nak cuma kerja dengan pengarah je. Jadi ambil cuti tapi duduk rumah je. Edy takde cuti, nak balik kampung insyallah hujung minggu nanti.

Bila cuti ni, dapatla lama sikit membelek pokok bunga, tadi dapatla pindahkan dan pasu semula beberapa bunga orkid. Tak sangka aku ada lebih dari 30 pokok orkid. Walaupun masih lagi banyak yang aku tak tahu tetap jugak aku sula dengan orkid. Ada pelbagai jenis, yang rajin berbunga, ada berbunga setelah berbulan2 sekali, ada yang setahun sekali. Ada yang bunganya tahan berbulan, ada cuma seminggu, aada yang wangi ada tidak. Memacam peel nya.


Depan rumah ni campur-campur ada

Ni kat tepi rumah


Dekat tepi bilik belakang

Tuesday, December 30, 2025

BUNGA LILY

 Assalamualaikum semua,

Sepanjang sebulan lebih setiap ahad aku beli bunga hidup untuk letak kat rumah. Aku selalu teringin nak beli bunga lily ni tapi harga dia boleh tahan mahal. 1 batang ada 3 kuntum bunga RM18. Bunga biasa rm3 ke rm5 je. Tapi minggu lepas aku beli 2 batang bunga lily. Aku terus jatuh cinta dan tahu kenapa harga dia mahal. Sebab dia bau wangi, wangi sangat sampai 1 rumah wangi.

Minggu ini ada lily lagi

Ini edy yang belikan

Minggu lepas


Friday, December 26, 2025

RESEPI CUCUR UDANG MINI

 Assalamualaikum semua,

Semalam aku lupa nak buat entri, sedangkan masa hd tu ada masa je tapi biasa la aku manusia yang banyak memikir kan. Masa ni kat hospital tunggu Edy ambil jadi kita buat la entri resepi. Selain cucur besar yang boh yis aku suka buat cucur udang mini camni, tak payah boh yis. Boh telur udang pun aku potong kecil. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 mangkuk udang ( 20 ekor potong 4 buang kulit)

1 biji bawang holland, potong dadu kasar

1 batang lobak merah, potong panjang

1 mangkuk besar, kobis cincang

2 biji kentang, potong panjang

1 ikat daun kucai

1 biji telur

500gm tepung gandum

Serbuk kunyit

Garam

Sedikit serbuk lada merah

Air secukupnya

Cara masak:

- Masukkan tepung, bawang, kucai, lobak, kobis, garam, serbuk kunyit dan telur. Kacau dulu semua biar sebati baru masukkan air sedikit demi sedikit hingga jadi doh. Jangan cair sangat

- Baru masukkan udang, gaul biarkan untuk 10 ke 15 minit baru goreng dalam minyak banyak.

- Jemput kecil-kecil, api sedang biar masak lobak dan kentang dalam tu.

- Bila dah masak kekuningan dan garing angkat hidangkan dengan sos cili thai.








Masa ni aku nak bawak ke centre dan bag maktek

Wednesday, December 24, 2025

ADIB DAN AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Cerita hari terakhir sekolah, masa tengah tunggu Aiyan tu sambil borak dengan geng emak-emak. Nampak la si Aiyan jalan lemah gemalai sambil bawak beg dan makanan, maklum hari tu ada jamuan akhir tahun. Belakang tu nampak ada budak berbaju biru jalan ke arah Aiyan. Dia datang borak dan salam lepas tu dia kata, boleh peluk? dia nak peluk Aiyan. Dia peluk Aiyan lepas tu dia kata tahun ini Adib 19 tahun jadi ini tahun terakhir dia di sini. Patut la tak pernah nampak sebab dia murid tingkatan 5 PPKI. Kalau baju biru tu selalunya pengawas sekolah.

PPKI di sekolah menengah selalunya umur paling tua mereka terima hingga 19 tahun sahaja. Selepas umur 19 tahun, kebiasaannya murid akan ke Program Transisi ke Alam Pekerjaan, pusat Latihan OKU/ Vokasional atau program komuniti OKU.





Ada kawan Aiyan cerita, dia menangis masa salam dan peluk abang-abang yang  19 tahun masa jamuan akhir tahun di kelas.



Tuesday, December 23, 2025

KAWAN-KAWAN DATANG JENGUK

 Assalamualaikum semua,

Cuti sekolah ni kan rasa bahagia betul, waktu tengahhari boleh rehat tak perlu terkejar-kejar ambil Aiyan kat sekolah dan hantar balik rumah. Waktu rehat boleh betul-betul rehat kat bilik. Ceritanya pagi tadi kawan opis aku 2 orang ni tetiba datang jenguk masa tengah hd. Diaorang pergi makan dekat felda so kene jalan sikit pastu sampai la ke pusat hd ni. Dalam kawasan felda juga, seronok bila ada kawan datang jenguk hehehhe.



macih kawan-kawan, terharu i

Monday, December 22, 2025

TERAPI JIWAKU 3

 Assalamualaikum semua,

Benda ni tak rancang pun, lepas sarapan sebelum pergi beli buah di Selayang cakap dengan Edy, jom pergi Sungai Buloh. Niat asal nak cuci mata je, tapi itulah selalunya niat tak menghalalkan cara hehehehe. Terbeli bunga orkid 5 pokok, bunga ros kampung 1, bunga harum sundal malam 1, pokok lavendar 1 dan pokok ketumbar jawa 1. Aku buat tak nampak je rumput yang semakin memanjang tu, nanti nak suruh adik cleaner kat rumah tu cabut. Bayar jelah upahnya nanti. 



orang kata benda halus suka pokok ni... takpe insyallah takde kot 


3 pokok rm100, itu yang terbeli 3

Friday, December 19, 2025

RESEPI CUCUR TEMPE & SAYUR

 Assalamualaikum semua,

Aku dapat idea ni masa ternampak tempe ada 3 ketul lagi kat rumah, nak jual buat tempe goreng sikit sangat pulak. Udahnya kita jadikan lah cucur tempe dan sayur. Sebelum ini pernah ternampak kat tiktok dari Indonesia buat cucur tempe ni jadi aku tambah baik ikut selera aku la. Sedap dan puas hati jugak la, Aku jual menu tu di kedai, laku keras jugak. 

Jom tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

3 keping tempe, hancurkan

500gm tepung gandum

1 biji bawang holland, potong dadu halus

1 batang lobak merah, potong halus memanjang

1 mangkuk kobis hiris

1 mangkuk kecil kucai dan daun sup

Garam secukup rasa

Air secukupnya

1 biji telur

Cara Masak:

- Campurkan semua bahan, tepung, tempe, bawang, lobak merah, kobis,  garam dalam bekas besar.

- Masukkan telur, gaulkan dengan air suam sedikit hingga sedikit.

- Jangan cair sangat biar pekat sikit, akhir sekali masukkan daun kucai dan daun sup. 

- Biarkan untuk 15minit lepas tu baru goreng dalam minyak panas dengan api sedang hingga betul-betul masak. Goreng hingga kekuningan.

- Boleh cicah sambal kicap atau sos









Thursday, December 18, 2025

PHOTO DIARY #41/2025

 Assalamualaikum semua,

Setiap hari khamis memang wajib ada muka tuan tanah ye. Heheheh oklah takmo bebel panjang jom kita tengok cerita bergmbar jom.


Semalam masa ambil dia, katanya kawan bagi cupcakes kosong

Musim hujan ni kesian pokok bunga ros aku, mati sebab kurang cahaya

Geram lak tengok daun si cekur ni

Cantik kan, tak sempat nak menjaga melayan pokok tepi rumah


Rajin berbunga setelah bertahun tunggu 

Musim hujan ni yang subur rumput

Ini pun sama... rasanya kene upah orang cabut jelah

Bunga minggu ini

Terpikat dengan si putih ini

Seawal 3.20 pagi dah mula memasak

Baju batik baru heheheh

Harap jangan jemu tengok tuan blog


Bebudak opis makan kudapan sambil borak... bila duduk sorang2 aku suka bila kawan opis datang melepak