Monday, July 20, 2020

MAK KAU HIJAU

Assalamualaikum semua,

Ini kejadian khamis hari tu, si Aiyan duduk senyap je kat tempat dia, selalu mulut dia memang bising lah walaupun cuma buat lukisan. Aku agak pelik jugak, bila aku ke tempat dia, tak terkata rasanya. Dia dok tarik-tarik benang kat seluar dia sampaikan jadi koyak. 

Dahla kat bahagian bahagian lutut, banyak pulak tu koyaknya. Lepas tu aku suruh dia buat kerja dan jangan tarik lagi benang tu.  Selepas beberapa jam dia buat aktiviti mewarna tapi senyap je. Aku pulak dah sibuk tengah banyak kerja, bila toleh belakang nampak dia tengah sengih-sengih sambil pegang benang. Makin besar koyaknya, nak bebel pun malas, nasibla ada seluar spare dia, suruh dia tukar seluar kat surau pejabat. 

Sabar jelah aku, dahla seluar tu baru je beli awal tahun ni. Mak kau hijau, Aiyan oi 

nampak nih, masa ni pagi lah dalam kul 9 lebih gitu lah

benang yang dia tarik, aku dah gunting apa semua
Kalau berdiri gini memang tak nampak sangat lah koyak tu, tapi nampak bergaya la macam seluar jean yang koyak tu



dalam kul 12 tu patutla dia senyap... segumpal gini benang tuh, koyak makin besar

lepas tukar seluar lain, sabar aje lah mama nih

27 comments:

  1. Tangan Aiyan tidak boleh duduk diam. Suka tarik-tarik atau tidak boleh pandang benang yang terkeluar.

    ReplyDelete
  2. mak aiyyan tak faham tu
    Aiyyan nak selou barulah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah habislah kalau semua seluar dia buat gitu wak oi

      Delete
  3. Hahahaha sama macam aunty lee, pantang nampak benda yang dah tersumpik, mulalah tangan tu gatal nak kait-kait hahahahhaa

    ReplyDelete
  4. Memang dia yang koyak kan atau dia tetas seluar tu..

    Banyak sangat kerja nya nih.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tarik benang yang tercarik sampai kan jadi koyak seluar tu

      Delete
  5. kene pakai suar pendek je dlm umah xper mak., ;p

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah n follow.. dia nak belajar menjahit kut..hehe.

    ReplyDelete
  7. ehehehe mak pening daaa seluar anak koyak..
    nasib baik ada ganti hehe.. alahai anak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde spare memang pakai jelah seluar koyak tu sampai petang kan

      Delete
  8. hahaha..
    anak ammi yg ozil tu haritu kat rumah neneknya dia dok tarik benang karpet dengan adik sepupunya. gelak sakan masing-masing..kita yg kat dapur heran. rupa-rupanya ada projek.

    Menjerit terus mama ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tarik benang karpet lagi bahaya tuh... udahla kalau kaarpet yang mahal tu nangis ammi nya kene ganti

      Delete
  9. Hehehe... mak ko hijau! mujur tak hijau bebetol ya Dana.
    Biasalah kita pun kekadang geram je dengan benda tak berkesudahan macam tu

    ReplyDelete
  10. Sabar jelah.. hahaha.. Aiyan.. Aiyan..

    ReplyDelete
  11. HIJAU SESEKALI JE DANA OK JE TUKAR WARNA

    ReplyDelete
  12. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  13. Suka ijo tu.. mcm Syafi juga seluar selalu koyak haha

    ReplyDelete
  14. Ralit pulak dia menarik benang seluo tu ek hihi... Nasib ada bawak seluo spare

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...