Friday, July 10, 2020

RESEPI KEK OREO 3 BAHAN

Assalamualaikum semua,

Berjumpa semula kita di hari jumaat yang indah ini. Indahla esok lusa dah cuti hujung minggu. Bagi suri rumah separuh masa macam aku hujung minggu lah masa yang dinantikan untuk rilex sikit hehehhe. 

Minggu lepas aku dengan Aiyan ada tengok video di youtube kekti mazlan dia ada share pasal kek orea 3 bahan. Si Aiyan kan penggemar oreo dia pun sangat teruja, lepas dah habis tengok video tu dia ingat semua bahan-bahan. Papa dia balik kerja malam tu dia pun pesan la suruh beli bahan untuk buat kek oreo dia tu. Esoknya gigih la buat, punyalah puas hati dia makan bertambah-tambah. Kek nya sedap, terasa coklatnya tu. Almaklum dia buat sendiri hehhehehe, cara buat memang sangat senang... 

Bahan-bahan:

2 paket oreo panjang ( apa-apa perisa pun boleh)
1 kotak air kotak full cream @ 125 ml
1 paket kecil eno

Cara Masak:

- Kisarkan oreo dengan krim dia sekali hingga hancur dan masukkan dalam 1 bekas besar
- Masukkan susu dan kacau dengan oreo hingga sebati biarkan sebentar
- Masukkan eno dan kacau lagi hingga sebati semua bahan.
- Masukkan adunan ke dalam bekas loyang yang dah di lengser dengan minyak dan kukus selama 30 minit
- Bila dah 30 minit boleh keluarkan dan siap. 


ini je bahan nya ya... 


kisarkan oreo hingga hancur dengan krim nya, lupa lak aku nak ambil gambar rupa oreo yang dah hancur tu

Lepas dah campur dengan susu dan eno

aku punya loyang besar takde loyang kecil, gasakla janji jadi

dah siap.... bau dia sedap tau

makan dengan aiskrim... sedap 



33 comments:

  1. Pelik ada guna eno.
    Memang senang 3 bahan.

    ReplyDelete
  2. ni la resepi viral yg guna eno tu kan..uishh mudah nya nak buat..nak cuba jugak laa

    ReplyDelete
  3. ok..taknak buat sebab senang sangat..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha suruhla askar My buat sebab senang

      Delete
  4. wow! lemak berkrim disukai ramai...cuma dah tua ni x leh makan manis2 sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh bila buat oreo ni manis just nice je cikgu...

      Delete
  5. Fav oreo ni. Kena buat hihihi.

    ReplyDelete
  6. Mudahnya.. 3 bahan je.. Kalau buat aktiviti masak kek ni dengan anak2 memang seronok kan..

    ReplyDelete
  7. Kalau anak-anak jumpa menu begini, memang boleh habis licinlah!
    Sedapkan kalau guna oreo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak... cuba ajak si kecik tu buat mesti dia suka boleh buat sendiri

      Delete
  8. WAH ENO PUN JADI BAHAN KEK BARU TAU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe dia punya fungsi sama macam serbuk penaik kak

      Delete
  9. Sedap tu kek oreo. Sy ada juga tengok kekti mazlan..resepi mudah guna 3 bahan ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ikut kekti mazlan punya resepi lah ni

      Delete
  10. kadang ikut resepi pun x jadi jugak haha hari tu adik perempuan sy try buat but then entah apa yg kurang kek orea dia buat x berapa menjadi. sy makan ja x cakap apa2 tapi anak dia yg kmplen kata nda sedap lol sy gelak ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tu, kadang buat benda yang kita tak pakar memang akan tak jadi... heheheh

      Delete
  11. fuhh best ni dana, cfrms sedap sebab base dia mmg oreo. jrg org tak suka oreo kan.

    ReplyDelete
  12. wahh menjadi ye. tak pernah cuba lagi kek style macam ni.

    ReplyDelete
  13. ish ish ish asyik nampak kek oreo akak je kat FB, kat IG, now kat blog lak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh alah apa lah sgt kek oreo akak ni dibandingkan kek lapis tu... bila lah nk oder kek lapis sunah ni hehehhe

      Delete
  14. seriuslah..tak pernah terbayang ada kek tanpa tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah buat nanti ammi, suruh si kakak buat mesti seronok budak-budak tu makan

      Delete
  15. Owh.. boleh eh guna eno tu.. first time tahu.. hehehe..

    ReplyDelete
  16. ayo daftar di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...