Thursday, April 2, 2020

PHOTO DIARY #12/2020 AKTIVITI MENGHILANGKAN KEBOSANAN


Assalamualaikum semua,

Dah berapa minggu tak buat segmen PD ni, hari ini mohla kita ya. Sepanjang 2 minggu PKP memang pelbagai aktiviti dibuat selain masak masak makan hehehe. Mohla kita tengok apa aku buat, kami buat untuk penuhi masa lapang.

Selongkar novel lama, baca semula novel lama yang ada

perutusan dari PM, sambung PKP hingga ke 14 april, paksu la paling kesian heheheh

Buat popia sardin kentang untuk kudapan selama seminggu

Aiyan keluarkan mainan lego dia yang sekotak besar dan apa lagi... paksu pun kadang tumpang sekaki

Sejak PKP ni basuh baju, sidai dan lipat memang edy yang buat hahahah

Jiran blok sebelah bagi puding karamel, balas bingka pandan yang aku bagi 2 hari sebelumnya

selain tengok kartun, main hp, main lego dan baca komik ini aktiviti kegemaran dia

Kalau beli ikan kat kedai acheh sekarang diaorang tak sempat nak siang dan potong, kene la siang dan potong sendiri

Jiran sebelah rumah, pagi-pagi semalam dah bagi roti panas

Nasibla petang tu juga aku memang tengah bakar puding roti, dapatla bagi kat jiran sebelah ini buat balas makana yang dia dok hantar

Lepas tu petangnya dia bagi lagi bubur kacang lagi

18 comments:

  1. Bab-bab lain tu ookay, tapi bila masuk bab masak makan tu, adoii itulah aktiviti yang mengebukan badan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia kak... orang kat rumah ni jenis mesti makan nasi

      Delete
  2. Dalam PKP ni nak tengok CD tapi dah boring tengok dah...memasak ada la juga...puding roti tu macam kena cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alat nak main cd pun takde kita ni lagi sedih layan jelah movie kt astro

      Delete
  3. Seronok kalau spt jiran yg baik hati mcm ni kan..

    ReplyDelete
  4. masak makan lah ye Dana, wahhh banyaknya lego aiyan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak kejenya makan je kt umah ni, lego tu dana beli masa dia umur 3 tahun dgn glorier

      Delete
  5. Banyak aktiviti tu at least kita tak bosan duduk rumah tak buat apa² kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari kerja sibuk nk cuti, ni ambik cuti dekat sebulan tapi tak boleh ke mana2

      Delete
  6. tertanya-tanya saya kak...ramai orang sebut...kedai aceh tu memang nama kedai dia aceh ke atau tu gelaran untuk kedai runcit? haha...mohon selesaikan kemusykilan ini

    ReplyDelete
  7. Hehe tak habis tukar-tukar makanan dengan jiran.

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa jiran2 pkat kasiiii makanan !!!

    ReplyDelete
  9. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  10. Bosan dan dlm ketakutan PKP ni. Nak keluar mmg x berani melainkan terpaksa keluar beli brg keperluan..

    ReplyDelete
  11. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...