Friday, September 19, 2025

RESEPI SUHUN GORENG

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya beberapa minggu lepas aku jumpa suhun segar di jual kat Giant. Selalu suhun kan yang kering tapi ini yang basah macam mee kuning dan kuetiaw. Jadi aku beli lah satu nak cuba masak kan, ternampak orang kongsi pasal menu sihat dengan suhun. Jadi bila aku buat dan rasa sedap juga, up la kat status ada la kawan yang komen untuk jual di kedai. Jadinya esok atau lusa nya tu aku jual la menu suhun ini dan ramai rupanya yang suka. Jadi mari aku kongsikan resepinya ya. Suhun yang aku beli ni, dia lebih tebal dari suhun yang biasa kita beli tu.  

Bahan-bahan:

2 bungkus suhun 

7 ulas bawang putih, cincang halus

7 biji cili api bangla, cincang halus

3 sudu sos tiram

Kicap lemak manis jalen

2 biji telur

1 pek perencah mehun goreng cik suri (boleh je guna jenama apa pun)

2 sudu sos cili

garam

kucai

Bebola

Daun kucai / Lobak merah potong halus/ udang

Tauge

Cara Masak:

- Campurkan suhun dengan kicap jalen, biarkan kejap

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga naik bau dan kekuningan.

- Bila dan kekuningan masukkan bebola dan lobak merah kacau-kacau. Masukkan udang kacau lagi. 

- Masukkan perencah, sos cili, sos tiram gaul rata. Masukkan telur dan masukkan suhun. Kacau-kacau hingga suhun masak.

- Masukkan kucai, perasakan dengan garam sikit. Kalau tak rasa masin sebab dah ada letak sos tiram dan kicap kan. Bila dah masak akhir tu masukkan tauge, kacau-kacau sikit matikan api. Aku suka tauge yang masih rangup lagi.












Thursday, September 18, 2025

PHOTO DIARY #29/2025

 Assalamualaikum semua,

Semalam rasa macam hari isnin, hari ini rasa selasa tapi dah khamis rupanya. Seronok betul bulan september ini banyak cuti hehheeh. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Ini jualan hari ini

Ini pun ramai peminat tau

Cok kembong cicah kuah kacang

Ini menu baru, biasa aku jual yang beku kali ini cuba siap goreng

Menu nasi pun ada sebab kawan yang biasa jual nasi bercuti

Cantikkan bunga orkid ku, tak pernh nampak sebelum ini bunga macamni

Genting higland dari cermin pantry tingkat 8

Bila bawak kerepek memang cepat habis


Suka iman dapat petai

Hari selasa, ke kenduri kawin anak kawan... kakak kepada kawan baik Aiyan

Dari pagi dia dah tunggu Aiyan

Menu sarapan pagi isnin

Matcha atau kopi? Aku pilih kopi...

Wednesday, September 17, 2025

WW KEPAK AYAM BAKAR

 Assalamualaikum semua,

Bila teringin, dulu RM1.50 sekarang dah RM3.00


sos dia pun sedap

Besar juga ayamnya

Thursday, September 11, 2025

PHOTO DIARY # 28/2025

 Assalamualaikum semua,

Hari ini mengantuk betul pukul 7 lebih dah menguap-nguap. Dah 2 hari tido pukul 10 lebih tapi pukul 3.15 dah bangun masak. Itu yang pagi tu mengantuk macam apa. Dekat rumah aku dari petang semalam hujan renyai sampai malam jugak rasanya. Tak perasan pukul berapa berhenti hujannya, itu pagi ini sejuk je.

Jom la kita layan cerita bergambar ya.


Minggu ini 2 kali hantar ke kedai popia carbonara, banyak permintaan

Semalam petang dok tidur kat atas rak kasut kat luar, tapi sebab hujan dia tidur sini

Projek buat jeruk mangga

Ada yang pesan kek gula hangus semalam .. 2 bekas

Janji ada cermin, dah seronok dah

Seronok dia isnin dah projek masak-masak, bawak balik pizza lagi

Kerang frozen yang aku guna untuk buat rendang...besar dan kecil

Tetamu yang selalu di nanti kan

Terapi bowling dan tengok wayang

Sejenis budak tak reti duduk diam

Aku siang malam suka keadaan gelap camni

Wednesday, September 10, 2025

Tuesday, September 9, 2025

EKSPEDISI PENGUKURAN 6 PUNCAK GUNUNG KINABALU SELEPAS GEMPA PADA 2015

 Assalamualaikum semua,

Semalam lagi aku dah buat entri ini tapi disebabkan sibuk tak terpost rupanya. Pagi ini lepas dah tertido kejap jadi dah segar mata. Aku kan pernah kongsi cerita pasal kawan pejabat kene mendaki Gunung Kinabalu, jadi aku nak kongsikan beberapa gambar yang ada. Lepas mereka turun, pendakian ke Gunung Kinabalu diberhentikan beberapa hari sebab angin kuat dan hujan. Mujurla mereka semua selamat naik dan turun serta dapat menyiapkan semua pengukuran yang perlu. 

Pengukuran ini kerjasama antara JUPEM, Taman- Taman Sabah dan RISM. Ekspedisi mengukur 6 puncak Gunung Kinabalu, biasanya ada 1 puncak je yang orang awam boleh daki. Lagi 5 puncak ini sangat berbahaya tapi kerana ekspedisi ini mereka dapat naik puncak yang 5 tu. Nama-nama puncak yang ada 1. Low peaks 2.Oyayube Iwu peaks 3. Ugly sister peaks 4. King Edward peaks  5. Donkey ears peaks 6.  St John peaks.

Ini 8 orang semuanya, yang perempuan tu pegawai dan kira ketua ekspedisi

Sebelum naik ambil gambar dulu


Hari kejadian 25/8/25

Semua peralatan telah di bawa naik oleh porter pada 24/8/25









Cantik gambar ini, masa ni mereka memang kelaparan dan kepenatan

Donkeys peak, puncak yang patah masa gempa tahun 2015






Setelah habis misi

Gambar turun setelah beberapa hari di atas