Tuesday, September 9, 2025

EKSPEDISI PENGUKURAN 6 PUNCAK GUNUNG KINABALU SELEPAS GEMPA PADA 2015

 Assalamualaikum semua,

Semalam lagi aku dah buat entri ini tapi disebabkan sibuk tak terpost rupanya. Pagi ini lepas dah tertido kejap jadi dah segar mata. Aku kan pernah kongsi cerita pasal kawan pejabat kene mendaki Gunung Kinabalu, jadi aku nak kongsikan beberapa gambar yang ada. Lepas mereka turun, pendakian ke Gunung Kinabalu diberhentikan beberapa hari sebab angin kuat dan hujan. Mujurla mereka semua selamat naik dan turun serta dapat menyiapkan semua pengukuran yang perlu. 

Pengukuran ini kerjasama antara JUPEM, Taman- Taman Sabah dan RISM. Ekspedisi mengukur 6 puncak Gunung Kinabalu, biasanya ada 1 puncak je yang orang awam boleh daki. Lagi 5 puncak ini sangat berbahaya tapi kerana ekspedisi ini mereka dapat naik puncak yang 5 tu. Nama-nama puncak yang ada 1. Low peaks 2.Oyayube Iwu peaks 3. Ugly sister peaks 4. King Edward peaks  5. Donkey ears peaks 6.  St John peaks.

Ini 8 orang semuanya, yang perempuan tu pegawai dan kira ketua ekspedisi

Sebelum naik ambil gambar dulu


Hari kejadian 25/8/25

Semua peralatan telah di bawa naik oleh porter pada 24/8/25









Cantik gambar ini, masa ni mereka memang kelaparan dan kepenatan

Donkeys peak, puncak yang patah masa gempa tahun 2015






Setelah habis misi

Gambar turun setelah beberapa hari di atas

Friday, September 5, 2025

RESEPI DADIH STOBERI

 Assalamualaikum semua,

Salam Maulidurrasul semua, selamat bercuti. Mood cuti lama ni, mesti ramai yang balik kampung atau bercuti. Kalau yang duduk rumah tu meh kita buat resepi dadih ini. Sedap, mudah dan boleh dinikmati ramai orang. Jom tengok resepinya

Bahan-bahan:

1 pek serbuk dadih stoberi

100g gula

Air 3 liter

Sedikit garam

450-500g susu cair 

Cara masak:

- Masukkan gula, air dan susu cair masakkan hingga mendidih kecil.

- Bila dah mendidih semua dah sebati, matikan api. Baru masukkn garam dan serbuk dadih stoberi kacau untuk seminit dua.

- Masukkan dalam bekas tunggu sejuk baru tutup penutup dan simpan dalam peti. Makan sejuk.


Boleh guna jenama apa pun


Kalau ikut resepi belakang plastik susu cair 400g tapi aku tambah untuk rasa lemak dan lembut dadihnya




Matikan api baru masukkan serbuk tu tau



Sedap lembut lemak

Thursday, September 4, 2025

PHOTO DIARY #27/2025

 Assalamualaikum semua

Hari ini awal buat entri sebab semalam sibuk tak sempat buat entri. Biasala orang sakit kerjanya kalau tak hospital,klinik pastu ke pusat hemodialisis pulak. Itu lah rutin sekarang ni. Jom la kita tengok cerita bergambar.

Ada pesanan dari pegawai kat pejabat, sandwish telur dan sardin untuk mesyuarat 20 pek

Ini kalau boleh melepak kat luar syok jugak, dengan lampu yang malap gitu

Sejenis pelupa, ada yang tegur dalam group whatsapp kedai... aku lupa tutup tingkap

Halwa halia

Mujur lif dh boleh guna, tapi itulah punya comot dalam lif tu

Balik dari klinik, lapar ada beli mee sup kat luar klinik..sedap


Klinik Kg Pasir

Nampak bersih lepas rumput dah dicabut

Balik sekolah lambat sebab ada kelas masak donat

Panas lagi donatnya, mama ngecek satu.

Besar betul buah beri biru ni


Isnin tu maktek balik dari kampung, dapat siput sedut dan kari ikan merah

Hasil terakhir pokok serai

Isnin tu lepas balik sarapan, pi cabut rumput

Tuesday, September 2, 2025

ROTI STRAWBERI GARDENIA VS MASSIMO

 Assalamualaikum semua,

Bila dah cuti lama mula la ras lemau malas nak kerja hahhaha. Kerja 3 hari lepas tu jumaat cuti lagi, syok sungguh hehehehehhe. Bulan september penuh dengan cuti umum heheheheh. Aku nak cerita pasal roti strawberi kawan-kawan pernah cuba tak?


Kebetulan terjumpa terus la kita nak cuba


Rupa bila dah buang kulit, gebu yang gardenia, massimo agak keras

Massimo jem dan cream .. alahai

Gardenia cream ini, tapi lebih sedap