Thursday, April 23, 2026

PHOTO DIARY #13/2026

 Assalamualaikum semua,

Maaf kawan-kawan pagi tadi tak sempat buat entri masa hd, entah sibuk ngn update kalendar boss. Hari ini panas elok, tak tau la petang ini hujan ke tidak. Kat Kuala Lumpur dan Selangor sekarang ni macam dah masuk musim hujan, hampir setiap hari hujannya. Hujan siap berangin kuat. Oklah jom kita layan cerita bergambar.

Hari ini kene la tayang tuan blog la

Akhirnya berkembang juga, aku suka bau wangi dia tu tak payah pakai pewangi

hari ahad dia masiih tutup lagi, aku pakai beli je tak tau pun warna apa


Jumpa pun anak ulam raja nanti boleh suruh Edy tanam tempat sebelum ni

Semalam petang masa nak balik rumah, ada lori terbalik mujur la masa kejadian tu baru lagi kalau tidak mau jem panjang

ada kawan bagi jeruk mangga, boleh la buat aiskrim hehehhe

Tengah gila aiskrim malaysia, beli macam-macam perisa

Musim hujan ni selain dari rumput yang subur, beberapa pokok pun subur juga. Tak sempat lagi nak potong bunga ketumbar tu



aku suka tengok bunga ros berjambak gini... cantik kan

Hari ahad suruh Aiyan ambil karipap kat kedai, dia boleh pilih yang buruk gini. Bila di tanya takde yang lain ke yen? Ada, tapi Aiyan pakai ambil je

1 comment:

  1. Cantiknya bunga2 🌷🌸 Teringin nak berbunga2 jugak kat rumah tali belum boleh masuk my flower girl era.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...