Monday, April 13, 2026

HAPPY 19TH WORK ANNIVERSARY

 Assalamualaikum semua,

8 April 2007- 8 April 2026 genap la 19 tahun aku bekerja sebagai Setiausaha Pejabat di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Masa tahun 2007 tu pertama kali aku merantau berjauhan dengan keluarga untuk bekerja. Merantau juga masa belajar kat Jengka selama 3 tahun. Masa tu teringat datang ke Kuala Lumpur dengan kereta kancil manual menumpang selama sebulan di rumah makcik kat PPR Desa Tun Razak. Selama sebulan tu tak berani bawak kereta jadi aku akan naik lrt dan bas kat pekeliling sampai pejabat. 

Lepas sebulan baru dapat rumah sewa dekat dengan pejabat. Takde pulak gambar dulu-dulu masa mula kerja, yang ada gambar masa pertama kali kursus pengenalan pastu gambar sekarang setelah 19 tahun dah jadi pekerja gomen.

korang carilah aku yang mana ye hehehhe

gaya tudung macam cikgu ni juga yang sesuai dengan muka aku



2 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah, moga terus berkhidmat..
    entah2 kenal en Marzuki (pembantu setiausaha) juga, dekat hospital selayang ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...