Assalamualaikum semua,
Menu ini aku masak awal-awal puasa aritu mudah simple dan sedap betul. Aku kan sejenis kurang rajin jadi menu ini memang sesuai betul lah. Jom tengok la resepinya ya.
Bahan-bahan:
1 Plastik mehun- celur
1 labu bawang putih, cincang
3 ketul ayam bahagian dada
Sedikit tulang ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 kiub ayam
1 batang sawi
1 pokok daun sup
2 plastik bebola
Tauge
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara masak:
- Tumiskan bawang putih dengan minyak dan api kecil, bila dah tukar warna kekuningan asingkan separuh bawang putih tu.
- Bawang putih yang lebih tinggal dalam kuali, masukkan ayam gaul-gaul lepastu masukkan air 4 cawan masukkan kiub ayam, masakkan ayam tu untuk 10 ke 15 minit api sedang. Keluarkan ayam bahagian dada untuk kita carik-carik.
- Masukkan lada sulah, bebola dan sawi.
- Akhir sekali bila mendidih masukkan garam dan daun sup. Siap
- Letakkan mihun, tauge, ayam carik dan letak la kuah dalam tu. Jangan lupa bawang putih goreng atas tu dan tambah sambal kicap. Siap pastinya sedap











Sedapp nya
ReplyDeletekan... sedangkan bahan-bahan sikit je
Deletekalo cuaca sejuk dpt menu bihun sup2 camni sedap
ReplyDeletebetul kak, tak berempah tapi layan
Deletewaahhh sedapnyaaaaa letak fishball banyakkk banyaakk! ehehehe
ReplyDeleteya betul tu
DeleteMenu ni simple tapi boleh cuba ni, setakat ni takde lagi buat sup untuk berbuka
ReplyDeletemenu mudah tapi sedap kak
Deletesedapnya bihun sup buka posa
ReplyDeletesedapnya ...
ReplyDeleteNasib baik bukak entri ni tengah malam
ReplyDeleteSimple tapi sedap ni Dana 😋
ReplyDeleteLetak bawang putih goreng tu jadi naik aroma.
Sedap ni Dana walaupun simple apalagi ada sup, memang kesukaan kami.
ReplyDeleteUish nampak sedap :)
ReplyDeleteWalaupun simple tapi memang nampak sedaplah Dana.
ReplyDeleteSedapnyaa..suka jugak Mihun Sup simple macam ni.. sedapp sangat 😍
ReplyDeleteDah lama tak masak meehon sup utara yang berwarna kuning. Nak kena buat juga lah ni.
ReplyDeleteSaya save 😍😍😍😍. Memang mudah dan simpel buatnya. Ini yg saya suka
ReplyDelete