Assalamualaikum semua,
Hari ini baru ada masa nak bercerita tentang perjalanan baru hidupku. Sebelum ini aku pernah kongsi yang aku akan buat hemodialisis air atau CAPD seperti yang di sarankan oleh doktor. Tapi setelah beberapa bulan aku buat hemodialisis (hd) darah aku rasa lebih mudah pula. Lebih mudah untuk diri aku, bukan untuk semua pesakit buah pinggang. Bagi aku lebih mudah sebab, walaupun aku perlu hd 3 kali seminggu tapi aku rasa itu lebih mudah. Setiap kali hd 4jam, selepas itu aku dah bebas untuk buat apa pun. Kalau nak balik kampung atau pergi bercuti pun sekarang dah banyak pusat hemodialisis .
Kalau buat capd, itu hemodialisis air yang dilakukan sendiri di rumah. 4 kali sehari setiap hari. Perlu ada bilik khas untuk melakukan capd itu, bilik perlu ada penghawa dingin tak boleh guna kipas. Memerlukan bilik yang bersih, yang perlu ada singki supaya mudah untuk mencuci tangan. Capd ini agak cerewet bagi aku, selain perlukan bilik khas dan kebersihan. Kalau kita tak bersihkan tangan atau bilik berhabuk kita mudah terkena jangkitan kuman. Kalau terkena jangkitan memang kene masuk ward untuk diberi ubat antibiotik untuk bunuh kuman. Kalau kita ada masalah sembelit pun akan memberi masalah pada tiub dalam perut. Ini antara sebab aku tak memilih hd capd ini.
Awal bulan 5 bila aku mula hd di Yayasan Felda, itu memang aku dah buat pilihan untuk teruskan hd dan tak memilih capd. Sekarang aku tengah tunggu masa untuk buat fistula di tangan, akhir bulan 7 akan ada pembedahan kecil untuk pasang fistula di tangan. Buat masa ini aku buat hd menggunakan ijc yang di pasang di leher. Doakan moga dipermudahkan untuk pemasangan fitsula aku ya. Doakan aku tetap sihat menjalani hd sepanjang hidup ini. Doakan aku tetap kuat dengan rutin hd aku sekarang ini. Penat memang penat, tapi ini pilihan dan jalan hidup aku sekarang.
- Darah pesakit dialirkan keluar dari badan melalui tiub dan disambungkan ke mesin hemodialisis.
- Mesin ini menggunakan dialyzer, iaitu sejenis penapis yang bertindak seperti buah pinggang tiruan, untuk membersihkan darah.
- Darah yang telah ditapis kemudian dipam semula ke dalam badan pesakit.
- Hemodialisis biasanya dilakukan beberapa kali seminggu, dengan setiap sesi berlangsung selama beberapa jam.
- Hemodialisis membantu pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik atau masalah buah pinggang lain untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
- Membuang bahan buangan seperti urea dan kreatinin yang terkumpul dalam darah.
- Mengeluarkan lebihan air dan garam dari badan, yang boleh menyebabkan edema atau bengkak.
- Memastikan tahap mineral penting seperti kalium dan natrium dalam keseimbangan yang betul.
- Membantu mengawal tekanan darah yang mungkin terjejas akibat masalah buah pinggang.
- Pembekuan darah: Darah mungkin membeku dalam dialyzer atau tiub.
- Tekanan darah rendah: Tekanan darah boleh turun semasa atau selepas rawatan.
- Jangkitan: Jangkitan boleh berlaku pada tempat akses dialisis.
- Kekejangan otot: Pesakit mungkin mengalami kekejangan otot.
- Reaksi alergi: Reaksi alergi terhadap dialyzer atau bahan lain yang digunakan dalam proses.
![]() |
| tiub yang disambung untuk mencuci darah |
![]() |
| ubat yang aku kene makan setiap pagi, untuk tambah darah |
![]() |
| Berdebar baca walaupun dah biasa |





hemodialisis air lebih leceh & perlu penjagaan rapi dr segi bilik & kebersihan ye..
ReplyDeleteYe tapi dua-dua ada pro n contras nya
Deletesemoga dipermudahkan buat adinda dana....sentiasa dalam lindungan allah swt
ReplyDeleteamin2, terima kasih
DeleteOh, ada beza darah dan air rupanya. Boleh ke jika tak keberatan, Dana kongsikan simptom yg dialami sebelum tahu ada masalah buah pinggang tu. Apapun, semoga urusan Dana dipermudahkan ya.
ReplyDeleteYa berbeza kak...
Deletesemoga semua urusan sis dana dana dipermudahkan.. ^^
ReplyDeleteTerima kasih
Deletebyk ubat nk kena mkn tu..smoga cpt baik dan dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteItu pagi je kak, tgri ngn malam ada lagi 11 biji ubat kene makan heheheh
DeleteMoga Alah permudahkn urusan HD Dana selamat semua
ReplyDeleteTerima kasih kak
Deletesemoga Allah permudahkan segala urusan dan cepat sembuh
ReplyDeleteTerima kasih, tapi memang tak boleh sembuh
DeleteMaknanya akan berterusan buat hd darahlah erk
DeleteSemoga dipermudah segala urusan kak Dana..pakcik Linda pun ada sorang buat hemodialisis juga.. alhamdulillah masih sihat,dan dia yang memandu untuk ke hemodialisis...semoga terus kuat ye kak..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Dana...
ReplyDeleteMoga Dana terus kekal kuat dan sihat dalam menjalani rutin baharu ini
ReplyDeleteSemoga Dana sentiasa kuat menghadapinya, mudah-mudahan Allah sentiasa permudahkan urusan Dana.
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan urusan Dana..aminn
ReplyDeleteKuatkan semangat kak Dana. Semoga Allah permudah segala urusan seharian kak Dana. Take care kak.
ReplyDeletesemoga Allah mudahkan semuanya untuk Dana, semoga setiap kesulitan diiringi kemudahan.aamin
ReplyDeleteSemoga kuat semangat & dipermudahkan urusan hdknya.
ReplyDeleteBaru akak tau ada hd air. Yelah, nampaknya memang lebih mudah hd darah.
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan rawatan Dana dan moga terus kuat semangat ya.
Stay strong tau. Moga dipermudah kan semua urusan Dana.
ReplyDeletetepatlah kot pilihan dana utk buat hd darah tu. Kalau buat yang air sehari kena 4x. jenuhlah dahlah kita ni kerjakan
ReplyDeleteSetelah baca bedanya, memang lah yg kakak pilih ini jauh lebih praktis, drpd yg capd. Kalo fasilitas di rumah ada, mungkin tak masalah. Tp kalo tak, repot yg ada kan.
ReplyDeleteAaamiiin kak dana. Semoga lancar pengobatan cuci darah yg kakak lakukan skrg yaaa. 🤗🤗