Monday, April 28, 2025

AKAK MISI DI HD SUBACUT HKL

 Assalamualaikum semua,

Sepanjang aku mula buat dialisis di HKL dari bulan februari. Ada seorang akak misi ini yang selalu jaga untuk aku buat dialisis. Kira dia yang uruskan mesin itulah. Kadang kalau dia cuti ada lah beberapa orang misi lain atau sister yang tolong buat. Semua misi, sister dan matron dekat unit Acut dan subacut HD memang baik. Ramah dan tak sombong, kita nak habiskan 4 jam dalam tu pun tak bosan. Selepas ini aku dah tukar tempat HD di Felda pulak. Harapnya semua dipermudahkan dan misi dekat situ pun baik macam di HKL.

Sabtu lepas hari terakhir aku HD di HKL, jadi aku masak nasi lemak untuk sarapan pagi mereka. Sedih jugak dah 2 bulan lebih dengan mereka. Nombor telefon memang dah ambil, siap dah cakap kalau ada masa nak ajak lepak sesama.

akak yang pakai sweater dah habis shif, nak balik dah tapi bila tengok akak baju biru tu seorang je dia tolong dulu apa yang patut


selfie dulu, bilik ni memang riuh kalau ada orang misi tu



Air kopi O dan biskut kream krakers 2 bungkus, ini sarapan yang disediakan... nanti mesti rindu

ini pulak biskut bekalan aku

nama nya kak Wan

ini kak Suria

8 comments:

  1. Nasib dapat akak misi yang sporting..kan Dana

    ReplyDelete
  2. friendly ye nurse2 kat situ..boleh borak2 jugak..

    ReplyDelete
  3. Semoga akak misi di HD Felda nanti pun semesra ini juga.

    ReplyDelete
  4. jarang dpt jumpa nurse yg ramah & baik sbb kbyakan yg jumpa kes mesti misi garang & muka serius je

    ReplyDelete
  5. Kalau yang baik2 memang kita takkan lupa, kan,

    ReplyDelete
  6. Dana pun mesti jenis yang baik dan mesra alam... Jadinya misi misi senang nak blend dengan Dana... Kalau macam kite ni, jenis lambat panas.. entah la macam mana .. hehehe

    ReplyDelete
  7. Kalo dah dekat , lalu harus pindah memang sedih pasti. Tp semoga di tempat baru nanti para misi yg bertugas sama ramah dan baiknya ya kak 🤗

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...