Tuesday, March 4, 2025

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN

 Assalamualaikum semua,

Bulan puasa tahun ini, cuaca tak menentu. Waktu tengahari petang panas terik tapi malam hujan lebat. Macam tahun-tahun lepas aku masak menu ringkas je, untuk berbuka dan sahur. Sebab yang nak makan 3 orang je, jadi masak seadanya je lah. Kalau ada banyak jenis memang tak termakan jawabnya.

Menu sahur hari pertama, masak tumis telur hancur dengan tauge dan tauhu

berbuka masak pengat keledek untuk bagi kat jiran-jiran

kuetiaw goreng

Aiyan request nak kebab juga

Sahur hari kedua, Edy suruh masak sardin je, jadi aku tambah telur mata untuk aku dan timun

Semalam Maktek bagi ayam bakar Cottage Bakery, jadi aku tambah nasi planta dan acar mentah. Roti telur 

Sahur setiap pagi memang aku sediakan air vico untuk Edy dan Aiyan, perangat menu berbuka dan tambah murtabak ayam

6 comments:

  1. selamat berpuasa Dana..alhamdulillah kuatnya Dana dalam tak sihat masih boleh masak macam-macam menu siap buat dessert lagi tu,terasa malu orang yang sihat ni sehari 1menu je

    ReplyDelete
  2. Sedapnya menu- menu Dana..akak nampak sardine...nak beli sardine la kang...hehehehe.....selamat berpuasa ye Dana..jaga kesihatan...

    ReplyDelete
  3. Semoga sihat hari² sediakan makanan berbuka dan bersahur. Samalah kita, tiga orang pun tapi seleranya lain macam bulan puasa ni.

    ReplyDelete
  4. Selamat Berpuasa Dana...
    Samalah kita..masak ikut untuk 2 orang je..karang masak lebih tak habis kan...

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa Dana sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa untuk Dana seisi keluarga. Kurang sihat pun, masih boleh masak juadah untuk sedekah pada jiran tetangga. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...