Monday, February 10, 2025

HANTAR MIL DAN ADIK IPAR PERGI UMRAH

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat malam sabtu baru ni ayah mentua dan adik-adik ipar tumpang tidur kat rumah kami. Mak mentua dan adik ipar lain terus ke homestay berdekatan KLIA. Mereka sampai malam dalam pukul 9 lebih, sempat la aku masak nasi dan telur dadar. Edy belikan sup campur di kedai je. Esok paginya masakkan sarapan mehun goreng dan epok-epok goreng. Dalam pukul 9 pagi kakak ipar pulak sampai  untuk sarapan sekali dan pergi bersama ke KLIA. 

Dalam pukul 12.20 tengahari kita semua gerak ke KLIA, katanya pukul 2 nak jumpa pukul 4 nanti dah mula nak dengan taklimat. Sampai KLIA pukul 2 lebih tapi entah mana silapnya, pukul 5 masih lagi tak siap-siap. Akhirnya pukul 6 lebih baru checkin apa semua penerbangan pukul 9 malam. Kami pukul 5 dah cabut balik, kepenatan berkeliaran di KLIA. Bila badan tak sihat sangat ni tak boleh nak melasak macam orang sihat biasa, nanti kita yang menahan sakitnya. Moga dipermudahkan semuanya buat mak mentua, dan keluarga adik ipar moga dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.

Lepas sampai berehat kejap sambil tengok tv dan makan malam

sarapan pagi pulak

sebelum bergerak ke KLIA

bergambar dulu, dengan semua adik beradik ipar duai


cukup 9 beradik semuanya, ikut turutan yang bongsu tu sebelah pak mentua




dua budak bulat

3 comments:

  1. Memang penat kalau sampai 3 jam nak berkeliaran saja-saja di airport.

    Semoga MIL dan keluarga adik ipar dipermudahkan urusan ibadah umrah.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ke Tanah Suci. Moga dipermudah kan semua urusan MIL an adik ipar, dan mendapat Umrah yang maqbul.

    ReplyDelete
  3. selamat menunaikan ibadah umrah buat MIL dan adik ipar Dana, semoga di permudahkanNya segala urusan, aamiin

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...