Assalamualaikum semua,
Hari jumaat malam sabtu baru ni ayah mentua dan adik-adik ipar tumpang tidur kat rumah kami. Mak mentua dan adik ipar lain terus ke homestay berdekatan KLIA. Mereka sampai malam dalam pukul 9 lebih, sempat la aku masak nasi dan telur dadar. Edy belikan sup campur di kedai je. Esok paginya masakkan sarapan mehun goreng dan epok-epok goreng. Dalam pukul 9 pagi kakak ipar pulak sampai untuk sarapan sekali dan pergi bersama ke KLIA.
Dalam pukul 12.20 tengahari kita semua gerak ke KLIA, katanya pukul 2 nak jumpa pukul 4 nanti dah mula nak dengan taklimat. Sampai KLIA pukul 2 lebih tapi entah mana silapnya, pukul 5 masih lagi tak siap-siap. Akhirnya pukul 6 lebih baru checkin apa semua penerbangan pukul 9 malam. Kami pukul 5 dah cabut balik, kepenatan berkeliaran di KLIA. Bila badan tak sihat sangat ni tak boleh nak melasak macam orang sihat biasa, nanti kita yang menahan sakitnya. Moga dipermudahkan semuanya buat mak mentua, dan keluarga adik ipar moga dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna.
 |
Lepas sampai berehat kejap sambil tengok tv dan makan malam |
 |
sarapan pagi pulak |
 |
sebelum bergerak ke KLIA |
 |
bergambar dulu, dengan semua adik beradik ipar duai |
 |
cukup 9 beradik semuanya, ikut turutan yang bongsu tu sebelah pak mentua |
 |
dua budak bulat |
Memang penat kalau sampai 3 jam nak berkeliaran saja-saja di airport.
ReplyDeleteSemoga MIL dan keluarga adik ipar dipermudahkan urusan ibadah umrah.
Itulah kak, tak pasti camne travel agent tu punya cara... kelam kabut
DeleteSeronoknya ke Tanah Suci. Moga dipermudah kan semua urusan MIL an adik ipar, dan mendapat Umrah yang maqbul.
ReplyDeleteamin-amin terima kasih kak
Deleteselamat menunaikan ibadah umrah buat MIL dan adik ipar Dana, semoga di permudahkanNya segala urusan, aamiin
ReplyDeleteamin, terima kasih kak
DeleteRamai yang menghantar! Semua adik-beradik ada.
ReplyDeleteya betul kak, alhamdulillah macam reunion
Deletesemoga dipermudahkan pergi dan baliknya, diberi kesihatan yg baik dan dapat beribadah dengan baik... ameeennnnnn
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan, semoga dpt umrah yg mabrur..aamiin
ReplyDeleteMendekati ramadhan memang banyak yg pergi umroh yaa. Ramai bandara sekarang ini.
ReplyDeleteSemoga MiL dan adik ipar kak dana diberi kemudahan, dan keselamatan selalu hingga nanti balik ke tanah air.. Semoga cepat pulih juga utk kak Dana 🤗