Assalamualaikum semua,
Selamat pagi jumaat semua kawan-kawan. Hati ini risau betul dengan kes covid yang semakin meningkat dari sehari ke sehari. Moga kita semua dilindungi dari dijangkiti covid ini.
Hari ini aku nak kongsi resepi paling mudah dan ringkas. Aku saja cuba buat nasi goreng guna telur masin ni, yelah kat rumah banyak bekalan telur masin. Rasa dia sedap rupanya, rasa lemak dari telur kuning tu memang rasa lain. Ini dah kali ke2 aku masak, bila orang kat rumah ni kata sedap baru aku up resepi kat sini, rugi tak cuba tau.
Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi (bersamaan 2.5 cawan beras)
2 biji telur masin yang telah direbus, potong dan hancurkan
1 biji bawang merah, potong dadu
4 ulas bawang putih, potong nipis
5 biji cili api, potong serong
1 biji telur
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 sudu besar perencah nasi goreng (tak payah letak pun boleh)
Cara masak:
- Tumiskan semua bahan bawang putih, bawang merah, daun bawang dan cili api hingga naik bau dan layu.
- Masukkan telur masin daun tumiskan sebentar, hancur-hancur kan lagi telur nya
- Masukkan nasi dan gaulkan hingga rata dengan bumbu masukkan serbuk nasi goreng , goreng dengan api sedang hingga sebati
- Buat bulatan di tengah nasi, masukkan telur biarkan agak kering dah gaulkan dengan nasi hingga hingga sebati biarkan untuk beberapa minit dan matikan api
ini bahan utama nya ye kawan-kawan, tepi sekali tu daun bawang ye, aku memang simpan daun bawang dalam peti beku |
daun bawang tumiskan sekali biar terbit bau daun bawang tu |
hancurkan semua telur masin tu ye, tapi aku punya tak la hancur sangat |
ini bila kita tumis jadi berbuih sebab telur masin yang kuning tu... masa ni boh la nasi biarkan serata |
campurkan telur biar lagi sedap nasi goreng tu |
nasi goreng telur masin yang telah siap di goreng |
Ingatkan telur masin gantikan telur biasa. Rupanya sebagai perencah juga.
ReplyDeleteMenarik.
itulah, menarik sedap jugak tu kak,,, telur kuning dia tu bagi rasa lemak2
DeleteOo.. sedap nampak resepi tu.. Telur masin ni saya makan yg kuningnya aje.. yg putih bagi kat anak sulung haha
ReplyDeletehehheh licik betul ustaz ni ye, nanti cuba resepi ini... telur yang putih tu boh lebih dah tak perlu guna garam
Deletemenarik boleh dicuba. garam pun dah takyah sibuk2 nak letakkan.
ReplyDeletetak payah boh garam, masin sangat la pulak... sebab telur masin tu dah sedang elok rasa masinnya
Deletewow sedap tu telor masin dh ada rasa masinnya perencah boleh guna sikit ja
ReplyDeletebetul perencah boh sikit je kak, tak boh pun ok kalau yang tak suka atau takde...
Deleteeh! tak pernah tahu! ya ampun senang je nak buat..mekacih sis! berkobar kobar nak cuba ni
ReplyDeleteya senang je, nanti cuba tau...
Deleterasanya x cukup sepinggan ni! Pasti nak lagi...
ReplyDeleteheheheh betul tu cikgu, memang tak rugi buat nya... kalau suka pedas boleh je tambah lagi cili
DeleteSedap ni nasi goreng telur masin!
ReplyDeleteKak suka tambahkan cili padi hiris, tabur atas nasi goreng time nak makan, dan sediakan minuman panas. Kalau tengah makan tergigit cili, terus minum air panas tu... hahahaa hilang pedas serta merta!
kalau termakan si aiyan cili tu kang jadi kes nahas emaknya kene mujuk lak kak heheheh...
DeleteNasi goreng home made ni sedap kan, tapi kadang tak rajin nak buat..huwaa
ReplyDeleteakak lebih prefer masak sendiri dari beli sebab barangnya mudah, pastu best sebab tak payah masak lauk-lauk lain
Deleteye betul tu kak... adik dana suka masuk awal-awal, dana tak berapa suka lak cara gitu... macam kita masak mee goreng kan telur boh last, gitu gak ns goreng
ReplyDeleteboleh cuba resepi nasi goreng telur masin style dana nie :))
ReplyDeleteya boleh, sila cuba
DeleteNampak sedap dan menyelerakan :)
ReplyDeletehehehe ye betul tu
DeleteTelur masin banyak ni.
ReplyDeleteBolehlah cuba nanti.
cuba nanti wak, kalau ada sayur-sayur tambah je
DeleteKena try jugak ni.
ReplyDeleteya selamat mencuba tau
Deletekalau kena PKP lagi..ramai sudah bersedia terutama dalam bab masak memasak ini
ReplyDeleteyalah banyak masa berada di rumah
setakat memasak insyallah takde masalah, sebab kebanyakannya memang selalu masak di rumah
DeleteErk... banyak bawang...
ReplyDeletesebiji je MY, kalau tak boleh kurangkan heheheh
Deletesedapnya nampak
ReplyDeletehehehe ya sedap, kene cuba baru tahu rasa dia
DeleteSedapnya namapak
ReplyDeletesedap cikgu, nanti cuba masak ye
Deletefuhh ni confirm sedap. dulu suka ketam telur masin, skrg dah memacam menu boleh masak dan sedap bersama telur masin
ReplyDeletehehehe kita buat dia, takde hal punya beb... ko cuba tau
DeleteKebetulan Ada telur masin ni bolrhlah Cuba nanti
ReplyDeletecuba jangan tak cuba kak
Deletetiba2 terbayang esok pagi nk buat menu ni..hehe
ReplyDeletemesti sedap tuh
Deletetak payah letak garam ya Dana...akak suka part kuning telur tu
ReplyDeletetak payah kak, nanti masin sangat pula
DeleteMenarik.. Tak pernah masak gaya nie.. Nak kena cari telur masinlah nampaknya petang ini.. hehehe
ReplyDeletecuba, mesti rasa best sedap juga
Deleteini sis lin mesti suka ni! dia penggemar salted egg!
ReplyDeleteMenariknya nanti nak cuba gak.
ReplyDeleteSedapnya nasi goreng telur masin. Fiza suka telur tu hancur lagi.
ReplyDeletexpernah cuba..boleh cuba msk nnt :) tabur pula dgn ikan blis rangup..ish sedap!!
ReplyDelete