Friday, October 16, 2020

RESEPI NASI BERIANI KARI DAGING ADABI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku bersiaran dari pejabat, BDR 2 hari dah hari ini aku kerja di pejabat. Perjalanan ke pejabat pun lancar, jalan lenggang je pagi tadi. Aku keluar rumah jam 7.00 pagi, dalam 7.15 sampai pejabat dah. Tiada polis buat roadblock ke apa memang lancar walaupun aku dari selangor ke kuala lumpur.

Resepi ini dah viral dari masa musim PKP hari tu. Aku je yang terlambat nak mencuba hehehhe. Tapi biar lambat janji buat kan. Cumanya resepi asal menggunakan kari kambing adabi tapi memang cari sana sini takde jadi kita ganti dengan kari daging adabi.

Bahan-bahan:

1 tin kari daging adabi 

3 cawan beras basmathi 

4 cawan air

1 biji tomato potong dadu

1 biji bawang besar mayang halus

rempah 4 sekawan

3 sudu besar @ 1 senduk planta/ mentega

1/2 cawan susu cair

1/2 kiub ayam @ daging

2 helai daun pandan

1 batang akar ketumbar ( kalau takde takpe)

sedikit garam


Cara masak:

- Masukkan planta dan 4 sekawan tumiskan hingga naik bau lepas tu masukkan bawang merah, tomato dan daun pandan.

- Tumiskan hingga layu dan masukkan air, kari daging, kiub ayam dan susu cair gaulkan hingga rata 

- Masukkan beras dan sedikit garam gaulkan hingga sebati dan masakkan hingga masak, atau HP selama 7 minit

- Buka penutup, masukkan kismis dan kacang gajus serta daun ketumbar, gemburkan nasi

- Sedia di makan begitu sahaja atau dengan acar dan kuah kari

* Aku sarankan gunakan 2 tin kari supaya lebih banyak daging dan perasa dalam nasi beriani tu ya

ini bahan utamanya ya 

tumiskan hingga layu tau

tomato tu kene potong kecil lagi lain kali heheheh


masa ini bau dia semerbak harum

masukkan air, kari daging dan susu cair

masukkan beras dan gaulkan supaya rata dan sebati

lepas ni tutup dan masak seperti biasa, aku HP 7 minit

lega hasilnya cantik


boh gajus, kismis dan daun ketumbar

aku ada buat acar nenas sikit, makan gini je pun dah wallah

memang sedap nasi nya... kawan-kawan wajib cuba tau

53 comments:

  1. wahh nampak sedap.. kalau tukar ayam boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh juga... ini pun resepi asal pakai kari kambing kita tukar daging... ayam pun tentu boleh punya

      Delete
  2. Sedapnya nampak Dana.
    Nak trylah nanti.
    Hp 7 minit ya cantik kejadiannya.

    ReplyDelete
  3. dah boleh open order dah ni sis, luaskan empayarmu :D

    ReplyDelete
  4. perghhh.... ok nak kena try ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MY guna 2 tin tau baru banyak dagingnya dan lagi umphhh

      Delete
  5. Sedapnya nasi beriani. Memang cantik kejadiannya kak. Macam macam rencah ada dalam tu. Puas hati buat sendiri. Ada acar tu lagi lah sedap cerita dia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah fizah, selama ni nak cuba masak nasi beriani tapi maalas bila renyah, bila tengok resepi yang ini mudah je... terus semangat cuba

      Delete
    2. Nampak memang mudah tu kak. nak cuba kena tunggu teringin. Kalau teringin dia rajin sikit. hihi

      Delete
  6. Lamanya tak makan beriani, sedapnya ! Nanti nak try buat juga la, terima kasih resepinya sis.

    ReplyDelete
  7. nmpk gajus tu dlm nasi tu yummyyy...kambing fav..mcm lama je tk mkn kambing hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kalau boh kismis dan gajus memang menarik dan menambahkan perisa

      Delete
  8. alternatif yang senang, guna kari daging dah siap...ok2 nanti boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul, dana mana rajin buat yang renyah-renyah kak oi

      Delete
  9. cantiknya kejadian nasi Dana, jangan cite kat sesiapa tau, kakak Dana ni failed lagi bab masak nasi2 ni kecuali nasi lemak dengan nasi ayam jer huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe takpe kak, cuba dan cuba lagi... dana pun bukan pakar lagi nih

      Delete
  10. perghhh sedapnya
    pos sini sikit
    hehehehe

    ReplyDelete
  11. Sedapny dana.. suke tgk dana masak2.. terasa nak buat pula..

    ReplyDelete
  12. wahhh hantar sini sikit dana.. nampak sedap!!! tergoda ni

    ReplyDelete
  13. simple ja stepnya tp nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang susah mana lah dana rajin nak cuba kak hehehehe

      Delete
  14. Sallam Dana,
    Waww..sedapnya,
    Akak nak cuba resipi ni boleh yer dik,
    Halal kan tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan kak... memang dana nak kongsi untuk kawan-kawan cuba

      Delete
  15. Salam tengahari Ahad.
    Masa PKP dan PKPB memang rajin buat nasi beriyani sebab jarang pergi kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  16. Pernah cuba buat tapi bukan kari adabi, macam lain pulak rasanya. Susah sangat nak jumpa kari daging adabi di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene try beli kat shopee kak, dana cari kat pasaraya pun ada tak banyak

      Delete
  17. Sedapnya Dana..akak masih failed masak nasi beriani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana ikut je pada resepinya kak, nsbla nasi elok jadinya

      Delete
  18. rajin sungguh la kak dana ni...nampak sedap pulak tu nasinya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sunah, menjadi pulak nasi nya... risau gak mula-mula

      Delete
  19. Dana lambat cuba.. Ammi lagi lah taktau resipi ni viral huhu. Nampak nau ammi kurang suka makan nasi berani ni

    ReplyDelete
  20. Wahh mudah resepi ni kak. Tq share. Ruby nak tanya akak pakai beras apa. Cantik kejadian

    ReplyDelete
  21. aida pernah buat guna kari kambing adabi. tu la 1st & last jumpa kari kambing tu, dana. da pupus dah dari muka bumi. memana pun abis aje. jual di kayangan aje (online). harga ya Allah, mahal!!
    so, nanti aida explore folo resepi dana la. guna kari ayam. mcm sama jer sedap nyer ni yum yum...

    ReplyDelete
  22. Boleh cuba ni . Btw tq resepinya kak ;D

    ReplyDelete
  23. sedapnya kak dana..Inshaa Allah shida cuba nnt buat :)

    ReplyDelete
  24. Nampak sedap. Nanti nak cuba, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  25. Ya Allah.. Sedap sangat nie Dana.. Nak cuba buat jugalah.. Nak kena mencari beras basmathi dan bahan-bahan lain tu..

    ReplyDelete
  26. fuhhh nampak mudah sangat resipi ni. Nak try lah nanti

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...