Friday, March 22, 2019

Resepi Karipap@ epok-epok kentang

As salam semua kwn2,

Macam biasa segmen di hari jumaat, mari lah kita berkongsi resepi...

Kali ni aku nk share ngn korang cara aku bt karipap, cara buat dohnya pun simple n mudah sangat.  AKu tak reti nk buat karipap pusar tu, aku suka yg senang n mudah kerja hehehhe...

Bahan2 untuk doh:
1 kg tepung gandum
3 senduk minyak panas
sedikit garam
air sejuk
daun sup yg di hiris halus

Cara buat doh:

- masukkan tepung gandum tu dalam 1 besen, lepas tu buat lubang kt bhg tengah n masukkan minyak panas, gaul2kan hingga sebati dengan tepung
- Bila dh rata minyak ngn tepung tu, masukkan garam dan air sedikit demi sedikit sambil uli doh tu
- Masukkan daun sup, Uli sampaikan doh tu tak melekat kt tangan dan boleh di bulatkan, jangan lembik sangat nnti melekat lak karipap tu ...

Bahan2 inti:
1 kg kentang- potong dadu
4 ulas bwg putih - blend/ tumbuk
2 biji bwg merah besar - blend/ tumbuk
segenggam ikan bilis- blend/ tumbuk
1/2 inci kunyit- blendh/ tumbuk
3-5 sudu besar serbuk kari
3-4 sudu gula
garam
minyak untuk menumis
air
daun sup

Cara masak:
- Tumiskan bahan2 blend atau tumbuk tu hingga naik bau ( selalu aku tumbuk je semua, tp kebetulan ada yg aku blend jd boleh je)
- Bila dh nampak kering bahan blend tu, masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air
- Masukkan kentang, garam dan gula, kacau hingga sebati tambahkan sedikit air lagi dan tutupkan kuali dlm 10 ke 15 min hingga kentang empuk, api sederhana
- Bila inti dh nampak kering, kentang pun dh masak boleh masukkan daun sup yg dh di hiris halus.
- boleh sejukkan dalam pinggan sebelum kita jadikan karipap...

*inti tu boleh je kalau korang nk masukkan lauk apa2 mcm daging, ayam atau udang...


aku sua inti aku lembik2 mcmni... tak suka sgt yg nampak kering

ni kelim sendiri, aku tak suka pakai cetak tu

mlm tu grg kejap karipap tu utk buat frozen

ini lah dia, rupa bila dh siap di grg utk sarapan pagi tu

8 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Cantik klim tangan karipap Dana Tu..
Dana Jual karipap frozen ke..

norhidana miswan said...

k Norhayati- hhahahah takla kak, bt frozen utk sndiri je

Warisan Petani said...

Orang JDT memang biasa panggil epok2.
Nampah padat takde oksigen

Sunah Sakura said...

sedapnyaaaaa..yg inti lembik2 ni laaaa saya suka jugak!!

norhidana miswan said...

wak WP- betul tu wak, buat sndiri mesti lah isi banyak wak

Sunah- betul tuh, kalau kt kedai kadang inti sikit, kurang rasa lah... itu yg bt sndiri

ejulz said...

wahhh. sedap karipap ni :)

AzianKhalil said...

Dah lama tak buat karipap sendiri....teringin pulak

mamapp said...

Sedapnya Boleh Lah try nanti