Friday, August 15, 2025

RESEPI CUCUR JAGUNG

 Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa hari tak sempat nak jenguk dan buat entri. Hari ini baru ada kesempatan nak menulis. Aku nak kongsi resepi mudah dan sedap, sesuai untuk sarapan dan buat minum petang. Ini antara menu baru yang aku jual di kedai jadi aku kongsikan. Jom tengok caranya.

Bahan-bahan:

4 tongkol jagung, di kisar kasar

2 ulas bawang putih, kisar kasar

1 biji bawang merah besar, kisar kasar

1 genggam bilis, kisar kasar

1 batang lobak merah, potong nipis

1ikat daun kucai

1 biji telur

2 sudu besar gula

Serbuk kunyit

Garam secukup rasa

500gm tepung gandum

Air secukupnya

Minyak masak

Cara masak:

- Campurkan semua bahan dalam semua besen besar dan tambah air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang sedikit pekat.

- Panaskan minyak dan goreng cucur dengan api yang sedang, biar masak elok carrot dan jagung tu.

- Dah  kekuningan boleh angkatp siap.

* Boleh je kalau nak tambah udang dalam tu, lagi sedap . Kucai banyak lagi sedap.







sos tu pun aku buat sendiri hehehehe

Wednesday, August 13, 2025

WW ORKID LIAR @ ANGGERIK MERPATI

 Assalamualaikum semua,

Gigih cari orkid liar ini, sampaikan cari di tong roro. Nampak orang tebang pokok yang ada orkid liar. Harapnya hidup lah orkid ini.


nasibla sejenis suami melayan peel isteri

yang kecik tu orkidnya


lekatkan dekat pokok kemboja depan rumah

Tuesday, August 12, 2025

SELAMAT HARI LAHIR KE 43 DANA

 Assalamualaikum semua,

Kelmarin 10 Ogos 2025 genapla aku berumur 43 tahun. Alhamdulillah walau penuh ranjau dan dugaan Allah masih pinjamkan lagi tubuh ini untuk aku merasai ,menikmati kehidupan ini. Semalam petang tengah layan tiktok tetiba dengar orang nyanyi lagi hari jadi. Syukur dapat kawan pejabat yang selalu buat kita rasa disayangi. 


Ini kek Edy belikan

Comel sangat, sebesar tapak tangan

Ini kek dari kawan pejabat



Balik rumah petang tu, dapst hadiah dari maktek... 

Monday, August 11, 2025

MASAK-MASAK DI PEJABAT

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas kawan pejabat aku ada kursus di Cameron Highland, jadi kami kirim jagung dengan dia. Niat nak buat bubur jagung kat pejabat. Lepas tu dah alang-alang suruh kawan pejabat lelaki untuk masak nasi siap lauk. Sementara mereka ada di pejabat setelah berminggu-minggu mereka kerja luar. Aku masak bubur jagung je, nasi dan lauk semua geng lelaki yang masak. 

Teringat-ingat pulak bubur jagung ni

Menu utama kari ayam

Ini tukang masaknya


Ikan sungai goreng garing

Ikan keli goreng


Tengah hari tu lepas ambil Aiyan balik sekolah, hantar balik ke rumah pastu balik ke pejabat semula rasa lapar, makan bubur jagung ni dulu

pukul 1 lebih baru kami makan tengahari, masa ni geng lelaki semua di masjid lagi

Kami simpan untuk geng perempuan

Friday, August 8, 2025

RESEPI AYAM BUTTERMILK

 Assalamualaikum semua,

Hari ini rajinkan diri buat entri awal, kita nak kongsi resepi ayam buttermilk. Tengah rajin ni kan, menu yang mudah dan sedap juga. 

Nak bagitau aku duduk di tingkat 8, bukan di tempat yang tengah buat renovation tu. Pejabat kami ada 2 tingkat, sebab ramai yang ingatkan aku duduk buat kerja di tingkat 7.


Bahan-bahan:

500gm dada ayam, potong dadu
Tepung bestari
5 ulas bawang putih, cincang
7 biji cili api potong
5 tangkai daun kari
150g mentega
1 tin susu cair
Sedikit garam dan gula
Air secukupnya

Cara Masak:

- Ayam gaulkan dengan tepung bestari dan goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
- Panaskan mentega, masukkan bawang putih, cili api dan daun kari, masak hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan susu cair, tambahkan sedikit garam dan gula. 
- Bila dah mendidih kecik boleh matikan api.
- Boleh campurkan ayam goreng dalam kuah tu, boleh jugak kalau nak asingkan kuah. Terpulang.



Ayam dada kita gaul dengan tepung

Goreng  dada tu

Panas kan mentega



Semerbak harum masa ni







aku saja boh asing kuah kalau jual

Thursday, August 7, 2025

PHOTO DIARY#25/2025

 Assalamualaikum semua,

Masih belum mengantuk kita buat entri dulu. Gini la nak memenuhi masa lapang selama 4 jam tu. Ada orang masuk je terus tidur tapi aku memang tak boleh. Sambil layan blog, tiktok cek jugak whatsapp dan emel untuk update kalendar boss. Sekarang semua boleh buat kana janji ada telefon bimbit ni.

Terbebel panjang pulak, jom kita layan cerita bergambar.

Selfie sat

Menggoda kan

Kawan pejabat ada kursus di Cameron Highland, dia bagi ini

Rupa pejabat tingkat 7 sekarang ni

Depan lobi

Dalam bilik aku

Meja kat tingkat 8

Menu baru, ayam buttermilk

Bukan main comel kotak santan kara sekarang ni.

Hari sabtu lepas ada kenduri kahwin boss besar kami

Yang bersongkok berbaju melayu itu la bapak pengantin