Friday, September 18, 2020

RESEPI RENDANG AYAM CARA DANA

 Assalamualaikum semua,


Hari ini aku nak kongsi dengan korang resepi rendang ayam. Ini resepi turun temurun emak aku. Aku ingat aku pernah kongsi resepi rendang, tapi tak pernah rupanya. 

Bahan-bahan:

1 ekor setengah ayam- potong biasa

2 kotak kecil santan

1 sudu besar jintan manis, kisar

1 sudu besar jintan putih, kisar

3 sudu besar biji ketumbar, kisar

2 inci halia, kisar

21/2 inci kunyit, kisar

4-5 batang serai, kisar

1 labu bawang putih, kisar

4-5 biji bawang merah besar, kisar

1 paket sedang cili boh puteri @ 1 cawan cili kering kisar (terpulang kepedasan masing-masing)

2 helai daun kunyit

4 helai daun limau purut

1 sudu kecil asam jawa

1 ketul nise @gula melaka

Air secukupnya

3 sudu besar minyak

Cara masak:

- Masukkan minyak ke dalam kuali, masukkan semua bahan kisar dan cili boh, gaulkan rata masakkan sekejap untuk 2 minit

- Masukkan ayam dalam bahan bumbu tadi gaulkan hingga sebati, tutup kan kuali dengan penutup biarkan ayam dan bumbu masak untuk 15 ke 20 minit dengan api sedang.

- Masukkan gula melaka dan asam jawa, gaulkan rata masukkan daun kunyit yang kita hiris halus dan tutupkan lagi kuali dengan penutup untuk 10 ke 15 minit lagi

- Masukkan santan, dan daun limau purut, biarkan untuk 10- 15 minit dengan api sedang jangan tutupkan kuali dengan penutup biarkan kuah agak kering. Aku suka rendang yang berkuah macam ini.

*Aku kisar bahan-bahan bumbu tu dengan minyak masak sebab itu dia jadi agak berminyak.

* Aku memang jarang sangat masak bubuh kerisik, selalu guna santan je

*Aku memang suka rendang yang berkuah tak suka rendang yang kering, memang family aku suka rendang berkuah, kalau tak suka jenis rendang berkuah boleh masak lama sikit akhir tu biar agak kering

bahan utama ya... 

gaulkan sebati tau bumbu ini

gaulkan rata dengan bumbu sebelum tutup dengan penutup

kita tutup biar cepat masak , jangan lupa api sedang ya

ini bahan utama takde gula nise dengan asam jawa tak jadi 

daun kunyit kene ada barulah bau dia semerbak harum

santan 2 kotak kecil, kalau nak lebihkan pun boleh

tunggu sebentar biarkan kering dan pekat kuah

dah siap.... rendan ayam cara aku




Thursday, September 17, 2020

PHOTO DIARY #27/2020

 Assalamualaikum semua,

Terasa hari ini macam isnin, malam tadi iron baju biasa terlupa lak hari ini khamis.... nasiblah tak berbaju batik di hari khamis. Oklah jom kita layan cerita bergambar hari ini ye kawan-kawan.


kene tutup tepi peti ais ni, kalau tak anak comot suka duduk belakang peti ais

kiri kanan kene tutup, boh la kotak apa-apa yang muat

cuaca di kuala lumpur ini, tak menentu tengahari panas lepas tu petang hujan lebat baju tak sempat nak kering

gigih tak gigihla, sampai bengkok la jarum aku tu... hahahha nasibla memang beli 2 bekas jarum tu

tidur berjemaah, si comot ni lepas beranak tengok bulu dia makin comot makin banyak warna coklat... rasanya dulu takde lah macamni

belikan kek gulung untuk Aiyan, cantik colorful

memang menarik untuk di makan... harga pun murah cuma RM10 je

geram nya lah cik bu dok tumpahkan butang aku, kerjakan bermain kat meja memanik aku je

buatkan mainan untuk anak-anak comot... suka diaorang main tarik-tarik

beli roti sosej dengan seorang kawan ini, 1 rm2 je tapi penuh betul toppingnya

sedap... puas makan

bila teringin nak makan pedas... sesekali bolehla

geram tengok si cik mot ni tidur

berlingkar tidur dengan emak dan adik beradiknya
ini benda paling comel, ini itik tau heheheh itik paling gendut dan comel




cikgu di taska minta mereka murid-murid yang transit belakon untuk adik-adik

Tuesday, September 15, 2020

BANJIR DI JUPEM DAN TASKA

Assalamualaikum semua,

Aku nak cerita dengan korang tentang kejadian banjir di taska pada 10hb atau minggu lepas. Tapak taska ini dulu adalah bekas kedai makan jupem bila kedai makan di tukar tempat ke bangunan lain, jadi di ubah kedai tu menjadi taska. Sebelum ini takdelah teruk kejadian banjirnya, tapi sejak banyak kerja pembinaan di sekitar JUPEM kejadian banjir tu semakin serius.

Khamis lepas hujan lebat dari pukul 2 lebih, memang jenis hujan yang lebat tak berhenti hingga jam 4 petang. Masa pukul 4 tu cikgu di taska dah beritahu kepada penjaga untuk ambil anak-anak awal sebab ruang depan dan bilik bayi dah di masuki air. Masa aku ambil Aiyan pukul 4.30, memang dah banjir teruk... cuma ruang dapur je yang selamat. Kesian lahai tengok anak-anak tu semua. Aduan dah dibuat kepada pihak JKR tapi masalah itu tetap berulang, kesian pada anak-anak taska. Selalunya bahagian belakang jupem dan taska memang akan naik air bila hujan lebat cuma tak la seteruk ini, lagilah ada 2 pembinaan sedang dilakukan di depan jupem.

kesian tengok semua anak-anak ini... si Aiyan paling besar kat sini

banjir ruang depan, ini biasa ruang bermain 

ruang dalam bilik anak-anak.... paras buku lali orang dewasa

masa ini ruang depan lobi sebelum ke taska... sini je dah paras betis aku

bangunan ini pun dah tak nampak... dek kerana kabus hujan yang tak berhenti... masa balik tu pun masih hujan lagi... 

 

Monday, September 14, 2020

AKU DAN BROOCH

Assalamualaikum semua,

Aku ni sejenis yang suka ada brooch kilat, berwarna warni. Kalau jumpa brooch berbatu  yang cantik memang aku suka dan rambang mata. Tak tau lah kenapa, memang tak boleh nak lepaskan hehehehe.

Minggu lepas ada buat jualan di dewan ukur anjuran kelab Puspanita sempena ada buat bubur Asyura. Ada jual brooch ni, mula-mula usha harga dulu, tengok ok berpatutan dan mampu beli. Aku suka bila dia guna batu swarovski  bersinar lain macam.


salah setting masa ni, jadi tak clear pulak gambar... hampeh betul



ada yang murah ada yang mahal... 


yang ini besar harga pun dalam rm50 ke atas


ini sepasang rm 10  untuk yang bawah, sepasang rm35 bahagian atas

aku beli yang ini... rm40 seketul

terus rasmikan petang tu


beli lagi yang kecil sepasang rm12 yang pink dan ungu


 

Friday, September 11, 2020

RESEPI MEE GORENG SERBUK CILI

 Assalamualaikum semua,

Bertemu semula kita di hari jumaat yang indah dan dingin. Yelah semalam kan kuala lumpur banjir kilat merata tempat. Di jupem ini pun bahagian belakang termasuk taska jupem kene banjir, kesian betul lah. Susah bila sekeliling pejabat kami ini ada buat construction.

Aku nak kongsi dengan korang, mee goreng serbuk cili, biasa kita masak mee goreng kan dengan cili boh atau cili kisar. Tapi hari tu semua tu takde, nak guna lada hitam je kang si Aiyan lak tak suka, nasibla ada serbuk cili aku pun cuba lah masak dengan serbuk cili tu. Kejadiannya elok, sedap dan lebih kurang macam  guna cili boh juga.

Bahan-bahan:

1 paket mee kuning (cuci dan toskan)
3 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris ikut suka
2 pokok daun kucai
1 biji tomato, potong ikut suka
2 sudu besar serbuk cili babas
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis jalen
1 mangkuk kecil udang
2 biji telur
air secukupnya
Tauge

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang merah serta tomato hingga layu.
- Masukkan semua sos dan serbuk cili, tambahkan sedikit air masakkan untuk beberapa minit lepastu masukkan udang
- Bila udang nampak dah masak, masukkan mee kuning gaulkan rata biarkan untuk beberapa minit hingga mee masak
- Bila mee dah masak masukkan kucai, dan telur kacaukan rata akhir sekali masukkan tauge dan matikan api.


ini bahan utama nya ya, sos tu aku sekali je dalam 1 bekas

saja aku tumiskan sekali bawang dengan tomato


bau dia mengiurkan tau... 

udang tu bila dah nampak masak, semua warna dah merah dan bulat gini bolehla tambahkan mee 


kucai tu masuk dekat nak akhir biar ada bau dan hijau lagi

tauge akhir sekali... baru lah rasa ranggup lagi bila makan


dah siap.... 


Thursday, September 10, 2020

PHOTO DIARY #26/2020

Assalamualaikum semua,

Bertemu kita semula di hari khamis yang indah dan sejuk, sebab malam tadi hujan renyai. Harapnya segarla pokok-pokok tanaman aku tu.

Jom kita layan cerita bergambar kawan-kawan ye. Geram tul aku dengan blogger nih, asik la dia tukar jadi yang baru lagi, payah nak ngedit.


masa takde air haritu tong hitam ini jelah jadi benda paling penting, ada 5 tong kat rumah bolehla bertahan untuk 2 hari, lepas tu Edy kene topup lah
pergi banyak kedai semua habis air mineral, dapat sebekas ini je bolehla buat minum air


butang superhero pulak, ramai jugak yang berkenan untuk anak lelaki

beli roti viral ini dengan kawan di jupem, kali ini baru betul beli yang sedap dan lembut gebus

ini baru betul dalamnya lembut sangat, banyak pulak inti nya harga pun murah rm3 je

beli dengan kawan di jupem ini, laksa rm4 sedap cukup rasa semuanya

petang kelmarin, balik rumah nampak mendung ... semalam pun hujan, syukur tak payah siram pokok

selasa hari itu, tengok pokok kesum aku dah kering gini... harapnya janganla mati... semalam lak hujan tak sempat nak cuba pangkas dan tanam kat lain 

ini cik bu, dia suka duduk kat tempat isi air ni... dia rasa dia comel hehehe

ini cik mot, dia suka kacau bila aku sampai rumah... bukak pintu je laju dia masuk rumah... 
walaupun dia adik beradik dengan cik bu tapi dia memang takde gen kucing siam, sebab takde ciri-ciri emaknya di situ hehehhe


petang tu tengok manalah budak kucing, sebab sebelum itu nampak lah dia berlari-lari main kat depan tv... masa nak pegi dapur baru nampak ada 3 ekor tidur tepi peti ais... 

ibu dia potong rambut belah depan tu... sebab dah panjang kerinting lak tu asyik masuk dalam mata je


ini gambar semalam cikgu wassap, kira ok lah Aiyan sorang buat gaya gitu hehehe... ini untuk tahun 3 je, tahun 3 ada 2 kelas... ada murid lain yang tak turut serta mereka pakai uniform sekolah biasa