Tuesday, August 4, 2026

BUNGA-BUNGA BERKEMBANG

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kan musim hujan dan panas kat tempat kami. Awal pagi dah panas, tengahari dan petang panas terik, lewat petang , malam atau awal pagi hujan lebat. Selalunya waktu macamni rumput subur membiak, tapi rumput masih belum membiak dengan jayanya. Tapi bunga ros tengah rajin berbunga, bunga orkid tak berapa nak berbunga merajuk agaknya.

ros kampung ni sentiasa berbunga

Ini bukan ros kampung, nama dia pun aku dah lupa hehehhe

Ini dia dah layu, masa mekar warna dia peach, wangi bau nya

Ini pun aku tak ingat namanya, pun wangi juga

ini je satu orkid yang berbunga yang lain masih merajuk agaknya hehehhe

pokok kari sejak tanam kat tanah tumbuh subur, cuma pokok jambu tu la baru nak mula naik lepas tanam kat tanah


Ini pasu pokok kunyit, tapi ada sepokok ulam raja sesat, sudahnya tengok batang dia punya lah besar.. sampai senget dah dia

15 comments:

  1. Best dapat tanam- tanam...teringin nak tanam ulam raja...nak cari la benih dia..akak suka ulam raja

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang je tanamnya kak tabur je pastu tinggal

      Delete
  2. Pokok ros blooming segar, kari pun tumbuh cantik. Guna baja organik apa bagi subur merimbun macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baja apa tak ingat tapi main beli je kt shoppee hehehee...

      Delete
  3. Cuaca tak menentu ni, pokok-pokok pun tumbuh ikut mood juga jadinya kan. Mesti kalau lalu lalang kat sini bau wangi bunga rose sajakan. Orkid ni macam sejenis bunga yang susah sikit nak berbunga kan kalau tak silap. Ulam raja tu memang senang je tumbuh. Pokok kalau tanam dalam tanah terus cepat pertumbuhan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul memang akak letak tepi tangga bunga ros tu... ya betul tanam terus kat tanah dia sbur lain macam

      Delete
  4. Sedappkan bau wangi ros tu
    Mesti cium setiapkali dekat bunga ni
    Kari kali atas tanah cepatt je naik membesar
    Akak dlm pasu pun sbln sekali potong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak kalau lalu mesti cium harum betul

      Delete
  5. Cantiknya berbunga2 pokok Dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, tapi tulah tuannya kadang culas membaja jadi bunga tak banyak sangat

      Delete
  6. kat gambar last tu dana cakap "ini pokok kunyit"... gigih ammi cari mana pokoknya...laaaa ko duduk bawah pokok kari rupanya.

    ReplyDelete
  7. pokok kari rumah ni kerap kena serang ulat. daun tak cantik

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanam pohon kari, tp kuatir dimakan hama lagi. 😢. Padahal paling suka pakai daun kari kalau masak yg bersantan

    ReplyDelete
  9. Cantik-cantik betul bunga tu semua.. Memang puas mata memandang..

    ReplyDelete
  10. Dana dengan bunga berpisah tiada, terutama bunga ros!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...