Friday, June 19, 2026

CORAT CORET KAMI REWANG

 Assalamualaikum semua,

Biasalah hari jumaat masih takde cerita pasal resepi lagi. Jadi kita kongsi la cerita rewang kami adik beradik di hari majlis. Selalunya memang gini lah kami gilir-gilir jadi kendarat. Penatnya jadi tuan rumah bila buat majlis kahwin ni kan. Mak abah duduk je untuk terima salam kaut kami la yang penat jadi pembantu. Gambar random ini dari jurugambar.

Kami kalau bergambar memang tak tolak

ramai yang singgah untuk berborak dengan atok dan nyai

adik dejay ni atok yang sponsor, pilihan lagu dia memang best, cara mengacara pun best 

Ini la baju abah mula-mula pakai sebelum bertukar jadi warna biru

Paksu kene tolong abah, aku tolong emak

Adik-adik sepupu kat khemah belakang, sebab pakai katering jadi mereka melepak jelah


Sepupu sebelah abah antara yang awal sampai

tengah bertugas la aku ni

Edy je yang ada rasanya Aiyan tengah main telefon dengan Ecah kat dalam rumah


salam kaut


Adik emak bagi bunga pahar 





abang-abang abah yang jadi penyambut tetamu kat depan rumah



pakcik ni kawan baik abah tapi dia musuh paksu hahahahah

7 comments:

  1. apa motif pakcik tu jadi musuh paksu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisahnya dulu sebelum paksu dapat panggilan cikgu pakcik ni suka buat2 tanya dia dah kerja ke belum, lepas tu asal jumpa mesti dia akan cerita psl anak dia, anak dia dh kerja itu, anak dia beli itu beli ini. Macam sengaja je tau, itu yg kami dok kata pakcik ni musuh paksu hehehhe.

      Delete
  2. jangan bermusuh sangat paksu..risau jadi pakmentua nanti hehehe
    walau katering tapi kalau dah nama kenduri memang penat,sebelum kenduri dah penat,lepas kenduri btambah juga penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak pakcik tu semua dah kahwin hahahha.... paksu ok je tapi pakcik tu yg suka main jiwa . Itulah bila dah rewang walaupun takde rewang masak tetap jugak penat tu.

      Delete
  3. Walau katanya guna katering, tetap juga penat bila jadi tuan rumah kenduri ni kan. Penat persiapan dan melayan tetamu. Tapi legaaa bila majlis selesai dengan jayanya.

    Tak jadi nak tanya apesal jadi musuh paksu, dah baca jawapan atas 😄

    ReplyDelete
  4. Kenduri walau guna katering tetap guna kederat tuan rumah untuk hal2 lain...

    ReplyDelete
  5. lancar sempurna majlis kenduri alhamdulillah

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...