Assalamualaikum semua,
Hari jumaat pejabat aku ada buat program di Dewan Ukur, Bicara Semarak Sempena Bulan Falak. Ini program bahagian kami, jadi kami kene la jadi urusetia semua ni. Tolong apa yang patut jelah pastu ikut serta kursus tu dapatlah 4 jam. Boleh masukkan dalam HRMIS untuk cukupkan 40 jam setahun. Dari pukul 7.30 pagi kami dan ke Dewan Ukur kemas apa yang patut. Khamis tu mereka dah susun kerusi siap cuci bilik air lagi. Pegawai yang uruskan minta semua pegawai lelaki pakai pakai baju melayu siap samping, kami yang perempuan janji pakai baju biru gelap dan tudung kelabu.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan selesai sebelum pukul 12 tengahari.
 |
| Wajib ambil gambar dulu |
 |
| Baju hijau tu lah ketua program ini |
 |
| Kami jaga untuk pendaftaran |
 |
| Pengarah kami yang rasmikan majlis |
 |
| Masa orang dengar ceramah kami selfie lah |
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...