Assalamualaikum semua,
Aku pernah cerita kan yang sepatutnya keluarga maktek balik kampung minggu krismas cuti sekolah tu. Tapi sebab mereka kene sakit mata itu yang tak dapat ke mana-mana. Puncanya pada 19 disember tu si adik tiba-tiba kene sakit mata. Ingatkan sakit mata biasa tapi masuk hari kedua dah bengkak sampai tak boleh nak bukak mata. Pukul 12 tengah malam bawak ke Hospital Tengku Azizah (HTA) Kuala Lumpur. Doktor suruh untuk datang ke HTA setiap hari untuk cuci matanya. Tak boleh buat sendiri kat rumah kene doktor dan jururawat di HTA yang buat.
Lepas tu 30 disember tu jangkit kat kakaknya pulak, hari ke 2 tu dah teruk, ke HTA juga untuk cuci mata. Masuk hari ke3 dah semakin teruk jadi maktek minta untuk masuk ke ward, sebab kene cuci hari-hari dan mata si kakak dah teruk tapi adik pulak dah makin sembuh. Jadi si adik duduk la kat rumah dengan ayah si kakak duduk ward dengan ibunya. Aku masa tu kalau masak lebih hantar rumah adik. Hantar tu pun sangkut kat grill je tak boleh nak masuk rumah sebab sakit mata ni berjangkit.
Dalam masa yang sama 4 januari tu maktek pulak berjangkit sakit mata, suaminya pun kene jugak tapi tak teruk. Sudahnya dari 5 januari maktek dan suaminya dapat mc selama 8 hari. Kira macam kuarantin la tu. Sekarang si kakak masih lagi dapat mc untuk cuci mata di HTA sampai rabu ini. Memang lama betul kes sakit mata mereka ni. Mujur nanti ada cuti Hari Wilayah dapat la balik kampung kejap.
![]() |
| tak boleh kene cahaya sakit kat mata tu, duduk ward dapat bilik seorang |
![]() |
| Mujur la adik ok dengan ayahnya kat rumah berdua |
![]() |
| Dia dah sihat tinggal kakak nya pula |
![]() |
| masa yang teruk tu, sekarang alhamdulillah dah ok |










moga cepat sembuh
ReplyDeleteterima kasih
DeleteAllahu....kesiannya...sakit mata teruk ni jenis yang berjangkit...harap2 dah elok dah la semuanya...
ReplyDeletebetul kak, dahla lama nak baiknya tak macam sakit mata biasa tu
DeleteKesian mereka. Kuat virus ni sampai kena masuk wad.
ReplyDeleteMudah2an cepat sembuhnya.
alhamdulillah dah makin ok wak
Deleteallahuakbar sakit mata ni paling risau bila kena pd budak-budak, bila nampak merahhhh mata & takleh nak buka mata tu kesiannya ya allahhhhh :(
ReplyDeleteItulah tu dahla yang kene teruk budak-budak
DeleteSIANNYA MOGA CPT SEMBUH MAKTEK N FMILI
ReplyDeletealhamdulillah dah makin ok kak
DeleteKesiannya.. paling sadis bila sakit mata nk bgn dr tidur tu... mata x boleh bukak, lepas tu bila bengkak selalunya gatal² tp x boleh nk garu... tp mengganas jugak virus yg menyerang keluarga maktek ni ek, sampau masuk wad dibuatnya
ReplyDeleteItulah sebab memang teruk bengkak tu tak boleh nk bukak mata, itu yang kene cuci matanya tu
Deletekuat virus mata tu sampai kena cuci hari2. semoga cepat sembuh semuanya. memang berjangkit sakit mata ni.
ReplyDeleteMelalak la 2 orang tu bila kene cuci mata tu, tp lepas kene cuci baru makin ok
DeleteLain macam jenis sakit mata ini. Lama. Betul berjangkit. Ingat dahulu kena lepas itu Abah kena tapi itulah pelik sebab kena datang hospital untuk cuci.
ReplyDeleteYa kak memang lain dari biasa.... lain macam teruknya
DeleteMoga dah sembuh sepenuhnya
ReplyDeleteKita yang dah dewasa ni pun rimas rasa sakit mata. Apalagi yang kanak-kanak.
ReplyDeleteMoga sembuh sepenuhnya. Oooo kena cuci mata datang hari-hari ke hospital pula ye.
Ala kesiannya...sakit tu....
ReplyDeleteSemoga tak berlarutan sakit mata...Aamiin...