Monday, January 12, 2026

KELUARGA MAKTEK KENE SAKIT MATA

 Assalamualaikum semua,

Aku pernah cerita kan yang sepatutnya keluarga maktek balik kampung minggu krismas  cuti sekolah tu. Tapi sebab mereka kene sakit mata itu yang tak dapat ke mana-mana. Puncanya pada 19 disember tu si adik tiba-tiba kene sakit mata. Ingatkan sakit mata biasa tapi masuk hari kedua dah bengkak sampai tak boleh nak bukak mata. Pukul 12 tengah malam bawak ke Hospital Tengku Azizah (HTA) Kuala Lumpur. Doktor suruh untuk datang ke HTA setiap hari untuk cuci matanya. Tak boleh buat sendiri kat rumah kene doktor dan jururawat di HTA yang buat. 

Lepas tu 30 disember tu jangkit kat kakaknya pulak, hari ke 2 tu dah teruk, ke HTA juga untuk cuci mata. Masuk hari ke3 dah semakin teruk jadi maktek minta untuk masuk ke ward, sebab kene cuci hari-hari dan mata si kakak dah teruk tapi adik pulak dah makin sembuh. Jadi si adik duduk la kat rumah dengan ayah si kakak duduk ward dengan ibunya. Aku masa tu kalau masak lebih hantar rumah adik. Hantar tu pun sangkut kat grill je tak boleh nak masuk rumah sebab sakit mata ni berjangkit. 

Dalam masa yang sama 4 januari tu maktek pulak berjangkit sakit mata, suaminya pun kene jugak tapi tak teruk. Sudahnya dari 5 januari maktek dan suaminya dapat mc selama 8 hari. Kira macam kuarantin la tu. Sekarang si kakak masih lagi dapat mc untuk cuci mata di HTA sampai rabu ini. Memang lama betul kes sakit mata mereka ni. Mujur nanti ada cuti Hari Wilayah dapat la balik kampung kejap.





tak boleh kene cahaya sakit kat mata tu, duduk ward dapat bilik seorang 

Mujur la adik ok dengan ayahnya kat rumah berdua


Dia dah sihat tinggal kakak nya pula


masa yang teruk tu, sekarang alhamdulillah dah ok

19 comments:

  1. Allahu....kesiannya...sakit mata teruk ni jenis yang berjangkit...harap2 dah elok dah la semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, dahla lama nak baiknya tak macam sakit mata biasa tu

      Delete
  2. Kesian mereka. Kuat virus ni sampai kena masuk wad.
    Mudah2an cepat sembuhnya.

    ReplyDelete
  3. allahuakbar sakit mata ni paling risau bila kena pd budak-budak, bila nampak merahhhh mata & takleh nak buka mata tu kesiannya ya allahhhhh :(

    ReplyDelete
  4. SIANNYA MOGA CPT SEMBUH MAKTEK N FMILI

    ReplyDelete
  5. Kesiannya.. paling sadis bila sakit mata nk bgn dr tidur tu... mata x boleh bukak, lepas tu bila bengkak selalunya gatal² tp x boleh nk garu... tp mengganas jugak virus yg menyerang keluarga maktek ni ek, sampau masuk wad dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab memang teruk bengkak tu tak boleh nk bukak mata, itu yang kene cuci matanya tu

      Delete
  6. kuat virus mata tu sampai kena cuci hari2. semoga cepat sembuh semuanya. memang berjangkit sakit mata ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melalak la 2 orang tu bila kene cuci mata tu, tp lepas kene cuci baru makin ok

      Delete
  7. Lain macam jenis sakit mata ini. Lama. Betul berjangkit. Ingat dahulu kena lepas itu Abah kena tapi itulah pelik sebab kena datang hospital untuk cuci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak memang lain dari biasa.... lain macam teruknya

      Delete
  8. Kita yang dah dewasa ni pun rimas rasa sakit mata. Apalagi yang kanak-kanak.
    Moga sembuh sepenuhnya. Oooo kena cuci mata datang hari-hari ke hospital pula ye.

    ReplyDelete
  9. Ala kesiannya...sakit tu....
    Semoga tak berlarutan sakit mata...Aamiin...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...