Assalamualaikum semua,
Hari jumaat kalau tak buat resepi memang sunyi lah blog ini. Sebab tu rajinkan diri jugak untuk masak beberapa resepi supaya boleh kongsi kat sini. Jumpa laksa beras yang basah dekat pasaraya Giant, kita pun beli lah. Laksa ini sesuai juga untuk jadikan laksa lemak cuma malas nak mengerjakan ikan jadi kita buat laksa goreng. Sedap jugak kenyal-kenyal gitu.
Bahan-bahan:
1 pek laksa beras
5 ulas bawang putih, cincang
5 biji cili bangla, cincang
1 batang sawi
2 biji telur
10 ekor udang
Kek ikan
3 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
4 sudu besar kicap
Garam secukupnya
air secukupnya
Tauge dan daun sup
Cara Masak:
- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan kek ikan dan udang, gaul-gaul
- Masukkan semua sos tu, masukkan garam sikit tambahkan 1/2 cawan air
- Tambah telur, sawi kacau kejap pastu masukkan laksa
- Gaul-gaul hingga sebati, masak untuk 10 minit akhir sekali masukkan tauge dan daun sup. Siap










Sedapnya laksa goreng...
ReplyDeletebetul kak sedap
Deletepernah mkn 1st time laksa goreng kt cafe opis
ReplyDeletekadang sedap jugak kak bagi dana
DeleteTak pernah lagi makan laksa goreng ni huhuu. Boleh la tey suatu hari nanti..
ReplyDeletecuba sedap jugak tau
Deletesedap nampak laksa goreng Dana
ReplyDeleteMenu yang ringkas je kak
DeleteAntara menu yang boleh juga dicuba nie
ReplyDeleteSelamat mencuba
DeleteMemang mirip mie goreng jadinya ya kak 😍😍😍. Pasti sedaap. Apalagi toppingnya pun ada udang dan fish cake
ReplyDeleteAah mirip cuma dia ada rasa kenyal sikit
DeleteSedap tu, mee goreng basah..
ReplyDeletelaksa goreng tu cikgu
DeleteFirst time ni tengok laksa goreng, Dana memang awesome lah masak macam2. Thanks for sharing tau.
ReplyDeleteAkak malu la dana, akak tu lagi la pandai masak macam2... cuba kak sedap tau
DeletePertama kali Sha tengok laksa goreng.. Menarik..
ReplyDeletewah...mcm sedap tu. x pernah pulak cuba mcm ni
ReplyDeletePernah juga buat laksa goreng lama dulu. Sedap juga.
ReplyDelete