Friday, January 30, 2026

RESEPI LAKSA GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat kalau tak buat resepi memang sunyi lah blog ini. Sebab tu rajinkan diri jugak untuk masak beberapa resepi supaya boleh kongsi kat sini. Jumpa laksa beras yang basah dekat pasaraya Giant, kita pun beli lah. Laksa ini sesuai juga untuk jadikan laksa lemak cuma malas nak mengerjakan ikan jadi kita buat laksa goreng. Sedap jugak kenyal-kenyal gitu.

Bahan-bahan:

1 pek laksa beras

5 ulas bawang putih, cincang

5 biji cili bangla, cincang

1 batang sawi

2 biji telur

10 ekor udang

Kek ikan

3 sudu besar sos cili

2 sudu sos tiram

4 sudu besar kicap

Garam secukupnya

air secukupnya

Tauge dan daun sup

Cara Masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga naik bau dan kekuningan.

- Masukkan kek ikan dan udang, gaul-gaul

- Masukkan semua sos tu, masukkan garam sikit tambahkan 1/2 cawan air

- Tambah telur, sawi kacau kejap pastu masukkan laksa

- Gaul-gaul hingga sebati, masak untuk 10 minit akhir sekali masukkan tauge dan daun sup. Siap











19 comments:

  1. pernah mkn 1st time laksa goreng kt cafe opis

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi makan laksa goreng ni huhuu. Boleh la tey suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  3. Antara menu yang boleh juga dicuba nie

    ReplyDelete
  4. Memang mirip mie goreng jadinya ya kak 😍😍😍. Pasti sedaap. Apalagi toppingnya pun ada udang dan fish cake

    ReplyDelete
  5. First time ni tengok laksa goreng, Dana memang awesome lah masak macam2. Thanks for sharing tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak malu la dana, akak tu lagi la pandai masak macam2... cuba kak sedap tau

      Delete
  6. Pertama kali Sha tengok laksa goreng.. Menarik..

    ReplyDelete
  7. wah...mcm sedap tu. x pernah pulak cuba mcm ni

    ReplyDelete
  8. Pernah juga buat laksa goreng lama dulu. Sedap juga.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...