Assalamualaikum semua,
Selamat tahun baru 2026, tahun ini bertambah la 1 tahun lagi umur ku. Tahun ini aku akan berumur 44 tahun di bulan ogos nanti. Moga tahun 2026 banyak yang indah dan bahagia buat hidup aku. Tahun 2025 cukup banyak dugaan untuk aku, tahun yang mengubah kisah hidup aku.
Dah la jom kita layan resepi hari ini. Sesuai dengan tahun baru, kita kongsikan resepi sambal tahun. Lauk untuk sambal tahun boleh guna pelbagai jenis, yang paling biasa kulit lembu, babat, kerang, hati dan pedal ayam. Kupang ni aku beli kat kampung dengan sepupu, memang elok dan besar. Itu aku buat sambal tahun. Sambal tahun ni kalau yang tak pernah buat memang kene cuba sebab memang sedap.
Bahan-bahan:
1kg kupang
10 biji bawang merah kecil, hiris
1 biji bawang holland, hiris
10 ulas bawang putih, hiris
50-60 biji cili api (tak payah potong)
5 inci lengkuas muda, hiris memanjang
3 kotak santan kecil
bilis 1 mangkuk kecil
1 sudu kecil asam jawa
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
Cara masak:
- Tumiskan bawang hingga naik bau dan layu.
- Masukkan cili api, lengkuas, bilis msak hingga layu semua bahan.
- Masukkan kupang, kacau-kacau tutupkan kuali dengan periuk untuk 10 ke 15 minit
- Masukkan santan, tambah air dalam 2 cawan lepas tu tutup dengan penutup kualinya, masak lagi untuk 15-20 minit dengan api kecil biar meresap semua perasa.
- Tambah asam jawa, gula garam bila kuah dah pekat boleh matikan api. Kuah dia terpulang ada yang nak kuah banyak ada yang suka pekat, itu terpulang pada kita.
![]() |
| ini dah hari keberapa, bila kita panaskan lagi... kuah dia jadi makin pekat dan makin pedas... |











