Assalamualaikum semua,
Kisah semalam tengahari, lepas hd aku masuk pejabat macam biasa kebetulan semalam Aiyan cuti sebab penggiliran SPM. Bila aku masuk pejabat ada kawan datang untuk bincang pasal jamuan jumaat ini. Sambil bincang jari ni gatal dok garu kaki. Rasanya luka kecil je tapi aku rasa ada benda mengalir, bila tengok kat kaki dah ada darah, lap dengan tisu, mengalir lagi rasanya 3 tisu jugak penuh darah. Aku dah cuak, nasib la ada hansaplast so lepas cuci dengan antiseptic letak la plaster tu. Tapi tak lama tu darah masih lagi banyak sampai mengalir keluar dari plaster tu.
Silap aku sebab, sebelum habis hd memang akan diberi ubat untuk cair darah. Aku terlupa tentang tu, memang panik la juga. Dalam pukul 2 petang ada budak pejabat ambil kain kasa tu dia suruh balut kat kaki selepas letak plaster. Lewat petang dalam pukul 3 masih ada darah keluar lagi balut lagi sampai rumah malam baru ok. Memang berdebar jugak masa jadi, kepala pening sebab darah banyak jugak keluar. Silap sendiri kan harap lepas ni beringat la supaya tak gatal mengaru sampai berdarah.
 |
| Plaster yang kedua pun berdarah gini... masa tu memang dah debar dah |