Tuesday, September 3, 2024

KENANGAN BUAH MARKISA MANIS

 Assalamualaikum semua,

Bila tengok buah markisa teringat satu kenangan masa aku sekolah rendah dulu. Kisahnya gini, ada kawan bagi aku 3 biji buah markisa ni. Masa tu memang tak pernah jumpa atau kenal buah markisa ni. Dulu orang panggil buah susu, kami pun makan sebijik rasanya masam manis. Dua biji aku bawak balik dengan niat nak bagi adik-adik rasa lah. Sekali sampai rumah emak nampak buah ni terus dia buang. Katanya entah-entah buah beracun, aku dah cakap yang buah tu sedap kawan bagi tapi dia tetap tak percaya. Masa tu sedih tapi tak berani nak ambil buah yang dah kene buang tu. 

Dalam beberapa tahun lepas adik kedua aku ada tanam pokok markisa ni, memang banyak buahnya bila makan buah ni mesti cakap kat mak. Ingat tak yang dulu mak buang buah ni sebab cakap buah beracun. Mak gelak je dia ingat je, tapi yelah masa tu buah ini memang orang tak kenal. Buah markisa yang aku baru beli ini jenis  yang manis, masam sikit je. Tak macam buah markisa biasa tu masam manis tapi sedap.


suka aroma bau buah markisa ni


mengimbau memori betul tau


13 comments:

  1. Kak SA pun suka buah markisa..sedap sangat2...

    ReplyDelete
  2. Alahai, emak.. hihi. Kita pun panggil buah susu tapi pelik kenapa buah susu tapi masam, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan kak, dulu orang panggil buah susu atau markisa kan

      Delete
  3. kt umh mak akak dlu2 ada pokok markisa juga...syok dpt mkn buahnya tp skarang pokoknya dh tkde sbb dh renovation umah..so tanah dh xde tepi laman

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang tepi jalan nampak ada pokoknya kak tapi payah pulak nak ambil buahnya

      Delete
  4. Memang sedap buat air dengan buah markisa ni

    ReplyDelete
  5. Jarang nak jumpa kat kedai buah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu jarang jumpa skrg kat mall atau pasaraya selalu ada jugak

      Delete
  6. ammi tak pernah makan buahnya, tapi dulu suka beli cordial markisa. masa ammi kahwin pun mmg ammi beli cordial ni utk air tetamu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...