Friday, March 1, 2024

RESEPI TERUNG GORENG DENGAN UDANG

 Assalamualaikum semua,

Lama dah aku tak kongsikan resepi, maaf la ye aku pun dah makin malas memasak sekarang ni. Teruk betul kan, tapi ini beberapa minggu lepas punya menu. Sedap, kalau terung masak apa pun memang sedap aku suka. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5 batang terung, potong ikut suka dan goreng

10 ekor udang - goreng sekejap separuh masak

5 ulas bawang putih, cincang

5-6 biji cili api potong

2 sudu sos tiram dan 1 sudu sos cili

Sedikit air

Garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih da.n cili api hingga kekuningan masukkan terung goreng dan udang, gaul hingga sebati.

- Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air, gaul lagi hingga semua rata dan udang masak. Matikan api, siap.


Terung belah gini dan rendam kejap sebelum goreng


Goreng je dengan minyak bekas goreng udang tadi tu


Sos tiram dan sos cili

Siap, mudah dan ringkas

7 comments:

  1. tgk Dana buat mcm simple & senang je.. sedap of coz la bila ada terung tu.... leh try nanti puasa ni. lauk sahur pun layan ni

    ReplyDelete
  2. yg simple camni laju je selamat ke perut

    ReplyDelete
  3. Setuju kak Dana, terung masak apa pun sedap. Kadang kalau malas, bakar je atas dapur, pastu cicah je dengan samba. Pun sedap!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...