Monday, November 27, 2023

TAHNIAH PAKSU

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu lepas emak abah dan adik-adik baru sampai dari Johor ke Bangi. Semalam paksu ada Majlis Konvokesyen di UKM. Alhamdulillah selamat dapat Ijazah Sarjana Muda TESL (Pengajaran  Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua). Moga dipermudahkan untuk dapat panggilan kerja sebagai cikgu dan nanti boleh sambung Sarjana pulak. Sebelum ini memang aku dan maktek je yang uruskan paksu sepanjang dia belajar di UKM. Mak abah memang tak pernah sampai lagi ke UKM, lagipun kakak-kakak nya ada untuk bantu dan dia pun dah besar panjang. 

Paksu punya sesi petang penat betul rasanya nak tunggu habis acara tu. Sebab awal kami dah gerak ke UKM, sudahnya mula majlis dia pukul 2 lebih. Apa pun hari ini tak sabar nak tunggu emak abah dan adik-adik datang ke rumah aku lak. Jom tengok gambar yang ada.

sabtu pukul 1 tgh mereka sampai di Bangi dah, tapi malam baru dapat jumpa ajak makan



serunding kelapa dan ayam kicap emak, sedapnya

ahad pagi menu sarapan 

kenelah gosok baju sendiri, dah besar panjang kan

yang penatnya konvo ni sebab kene berjalan banyak

adik aku tengah tolong pasang pin dekat jubahnya
dok tunggu nak tengok paksu


Bergambar sebelum balik


dia punya penat tu aduhla, ini la anak kesayangan mak abah



penat-penat







13 comments:

  1. Anak lanang satu je. Tentu kesayangan semua kan kak 😊. Tahniah untuk Paksu dan semua ahli keluarga. Tak lama lagi paksu jadi cikgu la.

    ReplyDelete
  2. congrats paksu!! alhamdulillah
    ramai org konvo sekarang ni kan..memang musim yer

    ReplyDelete
  3. Congrats!!!alhamdulillah..semoga dipermudahkan urusan kerja pulak

    ReplyDelete
  4. Tahniah cikgu paksu
    Semoga dapat posting kat johor

    ReplyDelete
  5. Tahniah!. Sekarang ni Konvokesyen kat kebanyakkan IPTA kan....

    ReplyDelete
  6. tahniah kpd adik dana. teringat semasa konvo di UM pd 1997 dahulu. dulu2 TESL kat UM yg paling sukar berbanding dgn UPM dan UKM. Alhamdulillah, abe kie dpt grad dgn jayanya.

    ReplyDelete
  7. tahniah atas kejayaan Pak Su...moga terus sukses

    ReplyDelete
  8. tahniah pak su!!! sekejap je kan? baru terasa bbrp bulan lps dana update hantar paksu register di ukm dh konvo mgu lepas

    ReplyDelete
  9. Meriah semua ada.
    Tahniah Pakcu. Kejap sahajakan rasanya.

    ReplyDelete
  10. Tahniah paksu.lps ni tunggu panggilan iv jd cikgu je la.. Semoga cpt diserap masuk keje

    ReplyDelete
  11. Tahniah Paksu. Moga terus cemerlang.
    Rindu nak makan serondeng dan ayam masak kicap air tangan emak kita!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...