Friday, September 18, 2026

RESEPI SAMBAL TERUNG DAN UDANG

 Assalamualaikum semua,

Mari lah kita melayan resepi ya, aku ni kan peminat sayur terung. Terung ni masak apa pun memang aku suka lah. Mujur la Edy pun suka je terung ni. Minggu lepas la aku tetiba fikir dah lama tak makan udang nak masak sambal udang pastu terung nak masak garang asem tapi kan sabtu tu lepas hd rasa malas pulak nak masak sampai 2 jenis masakan. Jadi nya aku gabungkan jelah dua ni senang kerja. 

Bahan-bahan:

6 batang terung saiz kecik, potong kulit separuh pastu potong ikut gambar

Udang 500g

6 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang holland, kisar

20 biji cili api bangla, kisar

sedikit udang kering,. kisar

2 keping asam keping

Air secukupnya

1 sudu besar gula

Garam

Cara masak:

- Gorengkan kejap terung tu separuh masak lepas tu ketepikan.

- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak tau, masukkan gula.

- Bila dah pecah minyak masukkan terung tumis kan kejap, tutupkan kuali dengan penutup biar terung lembut.

- Masukkan udang, pastu masukkan asam keping. Tutupkan penutup kuali biarkan hingga udang masak.

- Akhir sekali masukkan garam dan matikan api.











8 comments:

  1. Terung, lauk favourite. Masak sambal ke, sambal berlada ke, bakar ke. Semua sedap. Tambah udang segar tu lagilah sedap kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni nak try masak bakar lak yang boh santan tu

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsiannya. Saya jenis jarang2 makan hidupan laut ni (Udang dan sotong).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tukar dengan ayam tak pernah cuba lak heheheh

      Delete
  3. sedap ..wah.
    nanti nk try lah. tak pernah campur dengan udang

    ReplyDelete
  4. sedap tu...biasa tgk sambal udang & terung asing

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...