Thursday, January 29, 2026

PHOTO DIARY # 04/2026

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi mengantuk sangat, rasanya sebelum pukul 8 aku dah terlelap masa hd tadi. Lepas tu mula la malas nak buat entri , sibuk dok main game sebab mata masih lagi mengantuk. Tak boleh nak membebel panjang ni masa mencemburui kita. Jom layan cerita bergambar.

Adik-adik nurse dok komplen cakap jangan pakai lipstik warna ini lagi sebab nampak pucat. Biasakan aku pakai warna merah

Bekal pagi ini... menu yang mudah dibuat dan mengenyangkan

Beli pulasan dekat tiktok lagi

Tema bunga hidup minggu ini, warna merah jambu

Adik nurse belikan karipap pusing, isi kembong 

harga pulak murah, sebiji baru 0.75sen

Bila boss takde, memang jadi tempat melepak la bilik aku sambil sesi meluahkan perasaan

Nurse lain biasa 2 pen je tapi yang ini sampai 5

Sekarang panas betul, setiap petang wajib siram. dah 2 minggu tak hujan di Ukay Perdana

Geng makcik-makcik, spek letak bawah bila buat kerja sebab rabun dekat

Sesi cari baju contoh untuk hantar ke mak mentua untuk jahitkan baju raya

15 comments:

  1. Sedap pulak nampak karipap pusing kembong tu.

    ReplyDelete
  2. Sampai 5 pen ngalahkan kerja cikgu misi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahh itulah katanya sayang ada pen yang dh nak habis dakwat

      Delete
  3. Karipap pusing tu arwah ayah suka makan cicah sos cili hihihi..

    ReplyDelete
  4. Uwaaah karipapnya menggoda sangaaaat 😍😍😍.

    Sayapun kurang cocok pakai lipstik nude macam tuh. Memang pucaaat jadinya 🤭😅. Hrs yg kliatan warna

    ReplyDelete
  5. Salam singah, membaca dan melihat gambar..bercerita hal2 kerja takapa kan..

    ReplyDelete
  6. Lawa lah pulak warna baju melayu testing tu. Pulasan sedapnya

    ReplyDelete
  7. Sha pun buka spek kalau buat kerja mengadap komputer sebab rabun jauh.. Rabun dekat baru nak ada, masih okay lagi..

    ReplyDelete
  8. Tengok pulasan tu, teringat balik kampung hari tu ke pasar malam Bukit Cherakah nampak buah tu. Hendak beli, tapi terlupa sebab jalan-jalan cari makanan lain dulu. Teringat-ingat pula....

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...