Thursday, July 31, 2025

PHOTO DIARY #24/2025

 Assalamualaikum semua,

Awal kita buat entri hari ini, samentara belum mengantuk. Kalau tidak nak tulis apa pun kadang melalut-lalut. Ok la jom kita layan cerita bergambar.

Malam tadi, bawak adik ipar dan kawan dia keluar makan nasi arab

Dia ada kursus kat Kuala Lumpur dari hari isnin lagi



Projek jual inang-inang goreng


Cantik bila ada titis hujan


Sebahagian budak opis buat kerja dalam bilik meeting tingkat 7

3 bulan lagi harap dah cantik... tapi kami tetap turun naik ke tingkat 7 ni, untuk buat kerja sebab bilik fail aku kat sini

Hari selasa sempat pakai baju biru ni, tapi tak jadi bedah, ditunda pulak.


Pemandangan dari tingkat 8, Bangunan Pakar HKL

Cantik kan?

Wednesday, July 30, 2025

WW SELAMAT TINGGAL, JUMPA LAGI

 Assalamualaikum semua,

berbungkus semua

bilik pun kita bawak apa yang perlu je

menumpang di tingkat 8

Monday, July 28, 2025

KAKI NGECEK AYAM GORENG

 Assamualaikum semua,

Nak tunjuk pasal budak yang suka mengecek. Pantang bau ayam goreng mesti dia datang dekat. 

Kawan-kawan, esok aku ada pembedahan kecil untuk pasang fitsula di tangan kiri. Doakan ya moga semua berjalan lancar dan selamat. Aku dah berdebar ni. Macam-macam fikir, sakit kah? Lama atau tidak. Macam-macam lagi.

Mula tu dia duduk dekat sini

Dia buat-buat tengok acik Aiyan



Dekat video ni nampak dia dah beralih tempat makin dekat, sambil buat muka seposen.

Thursday, July 24, 2025

PHOTO DIARY #23/2025

 Assalamualaikum semua,

Selamat pagi kawan-kawan. Walaupun pagi ini aku agak stress. Ingat tak minggu lepas baru jahit dekat ijc tu kan pastu tadi misi kat hd bagitau jahitan dah terbuka lagi. Jawabya esok kene la pergi jahit semula di HKL. Malas nak fikir sakit, fikir hadap jelah nak tak nak kau tetap kene buat jugak. Doakan la semua baik-baik je buat aku ye. 

Jomla layan cerita bergambar


Rutin setiap pagi, pukul 3.30 dah bangun masak

Semalam, entah kenapa

Bilik aku memang tak pernah sunyi, ada je yang melepak

Setelah sejam meluah perasaan membawang..

Sedap capati ini

Kalau di ajak bergambar memang dia suka

Sarapan nasi dagang ahad lepas

Cantik kan

Ambil gambar masa dekat nak senja, warna nampak lain

Setelah banyak minggu tak datang rumah maklong




Wednesday, July 23, 2025

WW TIDUR TIDUR TIDUR.... JELAH KERJANYA

 Assalamualaikum semua,

Kalau tengok cctv, memang itulah kerjanya. Tempat sama je.

Masa ni lepas Edy keluar pi kerja




bangun jap...

sambung tidur lagi

tidur lagi dia akan beralih tempat lepas Aiyan balik rumah

Tuesday, July 22, 2025

MUSIM PANAS MELAMPAU KESIAN POKOK BUNGA

 Assalamualaikum semua,

Musim panas melampau, bersekali dengan jerebu. Kalau petang sampai rumah alahai kesian tengok pokok bunga dan pokok tepi rumah. Tunduk layu kepanasan.


Layu daunnya

Ini pun sama

Bunga pun layu tau, sedih tengok

Ini pun sama

Ini depan rumah ada bumbung tapi kene juga matahari terik

Pokok strawberi ni pun sama

Monday, July 21, 2025

MENCARI GARDENIA DURIAN

 Assalamualaikum semua,

Rasanya dah beberapa minggu viral pasal roti gardenia durian ni. Dia keluar sekali dengan roti gardenia strawberi. Beberapa minggu ni ada jugak la jenguk kat Giant tapi tak jumpa, semalam pagi ada kawan hantar gambar 1tray penuh roti gardenia durian ni. Tanya dia beli dekat mana, katanya di Giant Setapak. Kebetulan kami keluar sarapan, jadi singgahla Giant Permata, dapat jumpa 4 ketul roti. Kami teruskan beli barang untuk jualan, masa balik nak dekat rumah singgah KKMart jumpa seketul roti. Edy bukak dan rasa. Oh sedap, lepas tu kami ke Giant Bukit Antarabangsa untuk belanja barang niaga Edy tanya seorang kakak kat kaunter dan dia bagi 1 plastik roti ini. Edy memang kamcheng dengan kakak kaunter tu. 

Masa dalam perjalanan nak balik rumah, kebetulan terjumpa lori roti gardenia. Edy berhenti tepi dan tunggu abang tu. Lepas dia hantar roti ke kedai, Edy pun tegur abang lori tu. Beli terus roti tu dengan abang tu. Abang tu beritahu kalau roti durian ini dia akan hantar ke kedai setiap khamis dan ahad pagi. Balik rumah kami tengok waaah banyak rupanya kami dapat kumpul roti. Termasuk ada 5 ketul roti jenama Sunshine durian musang king. Bagi kami roti gardenia memang sedap lembut, krim durian tu pun sedap tak manis sangat ada lemak nya. Bau durian tu sedap.




memang sangat random suamiku





ini video Edy dapat beli roti dengan abang tu