Thursday, April 10, 2025

PHOTO DIARY #10/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi sedikit sibuk, dah petang baru sempat nak jenguk buat entri dan berkunjung ke blog kawan-kawan. Hampir terlupa sebenarya hari ini khamis ingatkan rabu hehehehhe. Jadinya kita himpunkan lah semua gambar yang ada ya, jom layan cerita bergambar.

hari ini ada tempahan nasi lemak telur mata 30 bungkus

pukul 3.30 pagi dah bangun masak

telur mata nan 30 biji

guna dua kuali terus biar cepat sikit

beg doraemon, bila pi dialisis memacam bekal bawak

macam berkelah kan

kalau kita panggil dia senyap, rupa gini lah dia nya


tak sabar nk tunggu warna bunga ini

geram dengan belalang yang suka makan daun orkid

bunga ros mini makngah, kecik sangat dan comel

teringat kari daging emak , makan masa balik raya aritu

masa balik kampung aritu, ajak pi mixue

Tuesday, April 8, 2025

KAWAN BAIK MASA SEKOLAH BERAYA

 Assalamualaikum semua,

Gambar raya memang banyak tapi itulah nak reka jadikan cerita yang tak berapa rajin. Raya ke 4 kawan baik masa sekolah datang beraya. Bila giliran aku raya Terengganu dulu dapatla mereka jumpa sebab kalau awal raya mereka pun sibuk beraya. Kawan baik dari sekolah menengah ni dah 30 tahun rupanya kami berkawan. Bila dah borak tu memang riuh rendah macam ada 10 orang.


Ini gambar raya 2 tahun lepas

Kerjanya gelak je






Masa ni Edy tidur dlm bilik itu Aiyan jadi wakil




Monday, April 7, 2025

SELAMAT HARI RAYA 2025

 Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua kawan-kawan. Cuti raya seminggu memang tak jenguk blog langsung, sakan sungguh beraya. Tahun ini beraya di Kerteh Terengganu dulu baru balik ke Pontian Johor. Balik Kerteh memang jem la, 12 jam juga nak sampai tu. Raya kedua dah balik Johor sebab jumaat dan nak balik ke Kuala Lumpur semula. Walaupun singkat tapi alhamdulillah seronok raya tahun ini walaupun ada beberapa ranjau durinya.

Gambar 3 beranak kene la ada kan




Rayyan yang dah makin tinggi

gambar dengan mak dan pak mentua

gambar berdua konon-konon romantik pun kene ada

kali ini cuma kurang 2 keluarga je... 


Maktek pun beraya di rumah mentua nya di Raub

Tema keluarga aku hijau, sekali dengan langsir dan dinding hijau hehehe

wajib bergambar tepi pantai... 

walaupun panas terik


see macam makwe dan pakwe dah

Pantai Kertih