Friday, December 6, 2024

RESEPI KEK OREN

 Assalamualaikum semua,

Aku terjumpa resepi ini di FB, sebab cara buatnya mudah itu yang tergerak nak cuba masak. Aku suka jenis kek yang ringkas gini, bakat memang tak berapa apa sebab tu suka cuba yang mudah-mudah je. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

3 biji telur

Parutan kulit oren 1 sudu besar

2/3 cawan gula

1/4 cawan minyak

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/4 cawan jus oren

sedikit garam

Cara masak:

- Dalam 1 mangkuk besar masukkan telur dan gula, gunakan mixer pukul hingga kembang.

- Bila dah kembang boleh masukkan kulit oren, masukkan minyak masak dan mix lagi.

- Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik, kaub balik dengan spatula. 

- Masukkan jus oren, kaub balik semua masukkan dalam loyang yang telah di gris dengan minyak.

- Panaskan oven dan masak di oven dengan suhu 180`c untuk 30 ke 40 minit.













10 comments:

  1. waaah Dana tergerak nak cuba tu terus buat...kami ni dalam golongan tergerak nak cuba tapi screen shoot dulu simpan bertahun tak buat-buat...huwaaa
    rajin Dana ni

    ReplyDelete
  2. Akak lagi best..semua resepi letak kat blog tapi nak cuba tu x tau bila zaman...hahahaha...tahniah Dana dah cuba

    ReplyDelete
  3. Kek ni dulu² zaman kita rajin buat kek dah viral jugak tapi tu la, buatnya sekali dua aje. Tengok Dana buat ni rasa teringin la pulak. Dah jadi tukun ovenku, hihi.

    ReplyDelete
  4. Ingat dulu mama pernah masak ini dan wanginya menyebar ke seluruh ruangan rumah 😍😍😍. Sedap sangat. Paling enak dijadikan Snack sore

    ReplyDelete
  5. Adui Dana... sedap betul ni makan time hangat-hangat!

    ReplyDelete
  6. Ni kek nostalgia arwah mama ni. Dulu selalu buat.

    ReplyDelete
  7. Mcm sedap je, tq dana share resepi, manatau nk try nnt

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...