Thursday, September 12, 2024

PHOTO DIARY #30/2024

 Assalamualaikum semua,

Sejak dua menjak ni entah kenapa makin malas masak, makin malas ambil gambar. Sampaikan minggu ini banyak hari jugak status whatsapp aku tak di update. Benda yang sangat jarang terjadi sebab aku memang sejenis rajin ambil gambar tapi entah. Ini nak up gambar pun dok cari-cari mana gambar ye, sebab takde banyak sangat. Adehla gini la semangat nya kejap naik kejap turun. Jom la layan cerita bergambar ye kawan-kawan.

trafik light simpang Ukay Perdana kalau waktu pukul 1 petang, masa dia 199 saat, ini setelah lama menanti baru kurang berapa

bila boss takde memang bilik aku jadi tempat lepak pegawai lain, datang mengadu

bila hari cuti dia tak lepak tidur kat atas rak, tidur atas tilam gebu

ahad lepas aku ada sukan, jadi 2 beranak ni berdua jelah



geng main dart ada 7 orang termasuk orang yang ambil gambar heheheh

bukan nangis tapi ketawa ye, masa ni dah nak balik... kalah balik awal lah

Sabtu minggu lepas, geng budak lelaki main bola sepak mujur dapat naib johan

bila aku malas masak tapi kene masak, guna je kari adabi ni masak nasi dengan dia

tambah sikit garam dan air. terus umppph

Wednesday, September 11, 2024

BEKENG

 Assamalaualaikum semua,

Ada budak pejabat nak test kamera dia ambil gambar aku... pastu dia pos dalam grup whatsapp pejabat. BEKENG

Monday, September 9, 2024

MEE SIPUT GORENG RANGGUP

 Assalamualaikum semua,

Mengantuk betul rasanya baru pukul 10 pagi. Semalam dari pukul 8 sampai pukul 4.30 petang ada di JUPEM sebab main sukan damak. Tadi idok menang itu balik awal kalau  menang balik malam huhuhu. Nak cerita idea jualan aku yang terbaru, mee siput goreng ranggup. Kawan yang dari belah selatan je yang kenal, goreng ranggup cicah sambal merah atau sambal kicap. 

Tip nak dapat yang ranggup, goreng dalam minyak banyak dan betul-betul panas baru dia kembang ranggup. Ada yang pernah jumpa orang jual mee siput tapi keras sebab tak goreng kembang betul. 

Ini rupanya bila mentah

sebelum dan selepas goreng


aku suka cicah sambal kicap

sambal merah ini pun sedap


pertama kali jual jumaat lepas RM2.50 untuk sekeping dan sambal

goreng malam siap-siap

Thursday, September 5, 2024

PHOTO DIARY #29/2024

 Assalamualaikum semua,

Hari ini ada kursus mengenai harta pusaka, best yang bagi ceramah. Itu sebabaku lambat buat entri hari ini tau hehhe. Jom la kita layan cerita bergambar ya jom.

penceramah hari ini

sampai ke depan kawan tu nak cerita pasal situasi dia

semua orang nak suruh penceramah tu kiranya apa waris akan dapat bila kita mati nanti

sejuk gila sampai aku pakai blazer

semalam pagi, berlatih membaling

petang selasa, perlawanan petaque yang terakhir untuk tahun ini 

aku balik lambat main petaque dia keluar dengan papa nya

beli kasut sekolah baru, sebab yang lama dah koyak

Edy tukar lampu, eh dia pun sibuk jugak nak tolong atoknya

menu hari merdeka, maktek bagi nasi lemak

mentangla kereta buruk, dah tahu sapa pelaku yang sagat si putih ni

Wednesday, September 4, 2024

Tuesday, September 3, 2024

KENANGAN BUAH MARKISA MANIS

 Assalamualaikum semua,

Bila tengok buah markisa teringat satu kenangan masa aku sekolah rendah dulu. Kisahnya gini, ada kawan bagi aku 3 biji buah markisa ni. Masa tu memang tak pernah jumpa atau kenal buah markisa ni. Dulu orang panggil buah susu, kami pun makan sebijik rasanya masam manis. Dua biji aku bawak balik dengan niat nak bagi adik-adik rasa lah. Sekali sampai rumah emak nampak buah ni terus dia buang. Katanya entah-entah buah beracun, aku dah cakap yang buah tu sedap kawan bagi tapi dia tetap tak percaya. Masa tu sedih tapi tak berani nak ambil buah yang dah kene buang tu. 

Dalam beberapa tahun lepas adik kedua aku ada tanam pokok markisa ni, memang banyak buahnya bila makan buah ni mesti cakap kat mak. Ingat tak yang dulu mak buang buah ni sebab cakap buah beracun. Mak gelak je dia ingat je, tapi yelah masa tu buah ini memang orang tak kenal. Buah markisa yang aku baru beli ini jenis  yang manis, masam sikit je. Tak macam buah markisa biasa tu masam manis tapi sedap.


suka aroma bau buah markisa ni


mengimbau memori betul tau