Friday, September 16, 2022

RESEPI SAMBAL NASI LEMAK

 Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu lepas masa aku buat entri pasal nasi lemak ada yang minta aku kongsikan resepi masak sambal. Kebetulan minggu lepas masak nasi lemak jadi dapatla aku kongsi dekat sini caranya. Ini cara aku masak sambal ya, mudah dan tak perlu risau dapur berkecah.

Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

1 paket kecil cili boh puteri

3 biji bwg merah besar, kisar

2 biji bawang merah, hiris

6 ulas bwg putih, kisar

1 helai daun pandan

1 ketul kecil gula melaka

Sedikit bilis, kisar

Sedikit udang kering, kisar

2 keping asam keping

Garam/perisa

Air secukupnya

Cara masak: 

- Panaskan minyak masukkan daun pandan biar naik bau, masukkan bahan-bahan kisar dan cili boh. Gaul hingga semua bercampur dan tutupkan periuk dengan penutup, masak dengan api kecil untuk 20 ke 30 minit. Beberapa kali kita kacau juga supaya tak hangus dan berkerak. 

- Setelah 30 minit bila tengok dah pecah minyak boleh masukkan gula melaka, tambahkan air separuh cawan, tutupkan lagi penutup untuk 10 -15 minit atau hingga gula cair sepenuhnya.

- Bila gula dah cair boleh masukkan asam keping, tambahkan sedikit air lagi, masukkan hirisan bawang tutupkan lagi periuk biar bawang layu sepenuhnya untuk 5 minit,lepas tu masukkan perisa dan garam. Jangan lupa rasa sebelum tutup api. Sambal aku suka ada rasa pedas manis masin sikit baru ngam.

* Selalunya aku akan masak sambal ni malam, esok pagi tinggal panaskan je. Sebab aku masak sambal lama nak dia tahan lama dan takde rasa pedar gitu.


Aku suka bau wangi nya



Aku suka masak dengan periuk atau kuali bertutup, api kecil


Pecah minyak gini baru masukkan gula melaka

Bawang hiris jangan lupa



Aku suka gunakan mangkuk bila makan nasi lemak haahahah... 

12 comments:

  1. Sedap nasi lemak kerana sambalnya! Sedap sambal sedaplah segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, kalau mahal camne pun tapi sambal tak sedap semua jadi kureng

      Delete
  2. aduhh...sedapnya... lepas tu petang kang buat lak jemput lempeng buat cicah dengan sambal lebih tu...woi...meleleh dah ailio koi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajib tu MY oi, aritu siap cari ubi kayu rebus cicah sambal

      Delete
  3. pergh, cantik nya. Terima kasih Kak Dana share resepi :)

    ReplyDelete
  4. pecah minyak elok sambal tu .
    Tengok SA pun masak nasi lemak pagi ni..
    Sib baik saya dah makan nasi lemak daun simpor semalam...kalau tak,mau masak jugak ni..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak pecah minyak jadi tak sedap dia punya sambal tu kan kak

      Delete
  5. nasi lemak dgn daun pandan harum ja

    ReplyDelete
  6. Bilis tamban tu nak goreng dia bagi rangup macma mana erk...akak buat selalu tak menjadi la...lemau je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana goreng biasa je kak.... api kecik itu dia punya tip, kadang mak dana dia campur tepung sikit boh air sikit bagi tersalut sikit

      Delete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...