Monday, September 26, 2022

ANGGUR HIJAU BIASA VS SHINE MUSCAT

 Assalamualaikum semua,

2 bulan lepas punya cerita rasanya ni, tapi aku asyik lupa je nak letak dalam entri. Masa tu dekat pasaraya Giant aku nampak anggur hijau ni. Nampak anggur shine muscat harga dalam RM14+ dan anggur biasa tanpa biji nak cuba lah kan apa beza nya. Selalu orang kata anggur shine muscat ni mahal kan tapi harga murah pulak kot lah tiruan kan hahahha. 

Tapi bagi aku memang ada beza lah dua jenis anggur ini, rasa, teksture dia pun lain. Ada juga nampak orang cerita dekat tiktor dia beli anggur shine muscat sebiji bekas macam aku tu dengan harga RM70. Pastu dia komplen sebab tak manis dan sedap macam di kata, itulah sebab aku beli dekat pasaraya belas-belas ringgit je. Ada yang pernah beli ke?

memang isi nampak lain

korea punya tulisan kan


rupa anggur shine muscat, nampak lain kan


keratan rentas shine muscat

anggur hijau satu lagi, nampak jernih

memang lain tapi yang anggur biasa tetap juga manis, shine tu manis tapi tak la terlalu manis

20 comments:

  1. nampak sedap..tapi MY takleh makan banyak. 5 ulas aje pun dah boleh mencanak bacaan gula

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul tu MY pernah tengok yg orang tu share dekat tiktok kan, sebiji je anggur hijau udah berapa bacaan gula bukan main tinggi..

      Delete
  2. anggur yang terbaik bila makan rapuh teksturnya, keluar jus banyak dan manis manis kelat fuhhh...habis setangkai tak sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg ada kencing manis bahaya kalau habis 1 tangkai tu .... tp kalau yg sedap ranggup tu mmg tak sedar, sedar2 dah habis

      Delete
  3. Tidak pernah cuba. Tidak pernah nampak anggur muscat. Selalu beli yang warna hitam tiada biji.
    Boleh tahan harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dekat pasaraya besar atau village grocer ada kak, ni dana jumpa di pasaraya Giant je

      Delete
  4. Belum pernah beli anggur muscat.
    Selalu beli cari keluaran Mesir sebab sedap manis,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hijau satu lagi tu dari mesir tu lah kak, manis jugak. memang seedles cuma nampak la lain rasa dengan yg muscat tu

      Delete
  5. ala.. terliur la pulak nengok anggur ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamni kene cari lah ustaz, kang teringat-ingat

      Delete
  6. Dari gambar memang nampak berbeza. Shine muscat tu nampak lagi tempting. Macam rangup dan sedap lagi. Tak pernah jumpa lagi. Mungkin sebab jarang beli anggur sekarang. Nanti kalau shopping bolehlah cari. Harga murah ni bolehlah membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu memang rasa dia tu bila kita gigit lain, mcm lbh padat dan ranggup. Ikut tempat kot harganya sebab yang akak nampak orang kata kene scam tu pek nya sama je dgn yg akak ni harga lain

      Delete
  7. Oh...yang hijau pekat tu namanya shine muscut yer..pernah beli sekali terkena yang masam.Mungkin spesis lain yang saya beli tu ..Isi pun cantik kan..Lain kali kalau jumpa yg mampu milik boleh try

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kak, ini pun tidak lah manis leting mcm yang anggur mahal tu. Mungkin ada level-level dia kan shine muscat ni

      Delete
  8. anggur hijau segar manis dan menyelerakan

    ReplyDelete
  9. Dulu bos selalu ke Muscat..sekali bawak balik anggur berkilo2...merasa la makan anggur mahal...hehehe

    ReplyDelete
  10. Tengok Dana kongsi kat sini, terasa-rasa pula di lidah.. Shine muscat tu tak pernah terjumpa lagi area tempat Sha nie.. Kalau ada, nak cuba jugalah.. Nampak hijau dia lain macam..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...