Tuesday, August 16, 2022

SAMBUTAN PELANCARAN BULAN PATRIOTISME DAN HARI KEUSAHAWANAN SK POLIS DEPOT

 Assalamualaikum semua,

Sabtu lepas ada sambutan Pelancaran Bulan Patriotisme di sekolah Aiyan. Kebetulan pulak dia ambil bahagian dalam perbarisan jadi kene lah sediakan apa yang patut. Kena pakai baju melayu, bersongkok siap samping. Songkok dia udahla dah sempit, kain samping pun sama  udahnya pinjam dekat anak kawan Edy. Jumaat balik kerja tu terus la keluar carikan songkok dia dan tali pinggang. 

Sabtu awal pagi macam pergi sekolah tu dah gerak sampai depan sekolah dalam pukul 7.05 minit. Siap sarapan hantar dia ke tempat berbaris aku dan Edy pun tunggu lah bawah khemah. Siap ada tetamu jemputan Dato Yusof Haslam tau, rupanya dia adalah alumni sekolah tu pada tahun 1960an. Di pendekkan cerita lepas perbarisan ada pelbagai persembahan dan yang paling aku suka persembahan anjing K9. Lepas tengok persembahan tu kita layan kan hari keushawanan pulak beli la apa yang dijual. Ada beberapa lagi permainan yang disediakan. Aiyan la yang seronok kami peneman je.

songkok Johor namanya... sebab dia tinggi

tapi kami tak beli,mahei kami beli songkok biasa je

pakai samping dekat rumah


pakai baju gaya johor samping duduk dalam baju... Kacak ke tidak? 

mask pun dia minta yang warna maroon juga


masa ni Dato Yusof Haslam tengah bagi ucapan





anjing K9, memang dinantikan betul persembahan


budak lepas berparisan, berpeluh comot. Sebelah tu kawan kelas nya, cikgu suruh kami tengokkan sebab dia sendiri je

aku yang geram tengok anjing-anjing ni baik je dia

Edy pun nak bergambar jugak... anjing dia senyap je takde berbunyi pun dia

beratur nak beli makanan


Aiyan dengan kawan nya tengah tunggu untuk mewarna

masing-masing dah lapar duk lepak depan kelas Aiyan belakang tu la kebun yang selalu kelas PPKI jaga

redup je dekat sini


ada permainan memancing, tapi caranya dengan jaring kecil tangkap ikan...dapatlah 3 ekor tapi sebab Aiyan takut dengan ikan dia tak nak bela. Jadi pulangkan semula pada cikgunya

mewarna lah dia dengan Papa nya teman

13 comments:

  1. Yusof Haslam alumni sekolah. Sekolah mana itu?
    Nampak betul meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu , dah tulis nama sekolah dekat tajuk tu kak... SK Polis Depot

      Delete
    2. Tq Dana. Tidak perasan nama tajuk betul-betul.

      Delete
    3. hehhee tulah musti akak cari dekat dlm entri kan, tapi takde

      Delete
  2. wah..meriah. mana Datuk Yusuf Haslam nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tu kak, lupa lak tadi nak selit gambarnya hehehehe

      Delete
  3. amboi Ayyan, segaknya semangat nak sambut merdeka naa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itualah kak, kang kalau tak lengkap macam di minta bising lak dia tu

      Delete
  4. Seronok macam ni. Lagi ada mewarna tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mewarna tu anjuran McD dik, dapatlah burger mchiken 1, sijil dengan mainan 1

      Delete
  5. wah bestnya, nampak sangat meriahnya... tentu semua semangat dan gembira

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...