Friday, August 6, 2021

RESEPI BUBUR CANDIL DURIAN

 Assalamualaikum semua,

Maaf semalam aku tak jadi buat entri, cari gambar dalam memori kad tapi tak jumpa. Telefon ni tak dapat kesan memori kad aku, seharianla dok kuar masuk memori kad supaya elok tapi sama je. Sudahnya pagi tadi bangun eh, ada pulak dah semua gambar tu, alhamdulillah lega.

Hari ini aku kongsikan cara aku buat bubur candil durian. Maklum tengah musim durian kan ni, memang bestla buat. Cara buat pun senang tau.

Bahan-bahan:

2 cawan isi durian

2 cawan tepung pulut ( boleh tambah kalau nak buat banyak)

3 - 4 cawan air

1 1/2 kotak kecil santan

1 helai daun pandan

2 ketul gula melaka

Sedikit garam

4-5 ulas durian

Cara masak:

- Gaulkan isi durian dan tepung pulut hingga tak melekat, kalau tak boleh melekat semua tambah kan sedikit air.

- Dalam periuk masukkan air 4 cawan , daun pandan dan gula melaka hidupkan api

- Bulat-bulatkan tepung candil tadi hingga siap

- Bila gula melaka dah hancur dan air dah mendidih masukkan candil tadi kacau, biarkan hingga candil timbul baru masukkan santan dan sedikit garam. Masak dengan api sedang kecil hingga mendidih dengan buih kecil.boleh matikan api

Boleh tambah sedikit gula pasir kalau suka

Bila semua dah tak melekat macamni

Kita bulat-bulat kecil je tau

Air, gula melaka dan daun pandan

Tambahkan 4 ulas durian

Bila dah mendidih masukkan candil

Bila dah timbul macamni baru bagi santan

Siap dah

Jemput makan

29 comments:

  1. Alamakkk Dana, mesi sedapkannn, gigit dan rasa durian, kuah pun rasa durian, adoiii nak bikin laaaa

    ReplyDelete
  2. wahh menariknya Dana ! Memang nampak sedap, tapi saya tak pernah makan lagi bubur candil nih.

    ReplyDelete
  3. Alamak...nampak macam sedap laa....esok akak cadang nak buat kuih talam

    ReplyDelete
  4. Akak dah terbau2 harum durian tu dana

    ReplyDelete
  5. Ish3.Sedapnya.Kembar bubur biji nangka ni😁.

    ReplyDelete
  6. rasa mcm pengat durian ye dana
    cuma ada tambahan candil

    ReplyDelete
  7. Resepi ni dari negeri mana ek. Saya baru tahu. mungkin sbb saya tak makan durian yang dibuat masak, jadi banyak tak tahu pasal masakkan berasaskan durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bubur candil selalu orang jawa yang buat, mungkin terkenal di johor tapi yang guna durian tu ikut kreativiti je...

      Delete
  8. Masa jaman kecik2 dulu, mak wak selalu buat bubur candil ni.
    Sekarang dah jarang2 jumpa, yang dana buat tu nampak sedap aje.

    p/s : Dana kontek email wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kalau teringin boleh la mintak mem buat wak, wak tolong gentel ye heheheh

      Delete
  9. Sedap ni, nak try lah. Tqs Dana kongsi resepi..

    ReplyDelete
  10. Ishhh terlioq aihh! Rajinnya nak bulat2kan pula. Tapi durian tuu ish tak tahan

    ReplyDelete
  11. Banyak buat. Banyak kali boleh ulang makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak buat banyak mana kak, ni sekali hadap je sekali bagi jiran-jiran

      Delete
  12. Tak pernah lagi makan bubur candil durian ni. kalau isi durian dengan santan tu pernahlah. Nampak sedap tu kuah pekat. Bab menggentel satu² tu yang agak leceh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh sedap layan candil yang kenyal tu dik... akak suka gentel suka makan candilnya

      Delete
  13. tak pernah pulak makan bubur candil ni. Macam senang tapi malas nak membuatnya haha

    ReplyDelete
  14. Sedapnya bubur bila dah siap. Seronok tengok hasilnya 😍

    ReplyDelete
  15. sedap dan senang cara dia..boleh cuba nnt..tq kak dana :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...