Friday, June 25, 2021

RESEPI BINGKA UBI

 Assalamualaikum semua,

Hari jumaat, hari yang dinanti sebab tak sabar nak kongsi resepi yang banyak aku simpan. Kali ini aku nak kongsi resepi bingka ubi kayu, aku suka makan kuih ini tapi tak pernah terpikir boleh buat sendiri, ingatkan susah tapi rupanya senang. Rasa dia pun sedap, lemak dan kenyal.

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan ubi kayu parut

1 cawan santan

1/2 cawan gula pasir

1 sudu besar gula merah

Sedikit garam

Cara masak:

- Campurkan semua bahan hingga sebati

- Lengserkan sedikit minyak pada loyang dan masukkan bancuhan bingka

- Bakar dalam air fryer suhu 200 selama 30 minit, kalau rasa kurang garing tambah lagi 10 minit.

- Nak tahu dah masak ke belum, bila kita cucuk bingka dengan lidi, dia keluar dengan bersih tak melekat itu kira dah masak

- Dah sejuk boleh potong, selamat mencuba.

Campurkan semua bahan

Gaul hingga sebati ya

Sebab sikit aku masak dengan air fryer je

Atas dia tu bukan hangus tapi kerak tu sedapppp

Dalam dia tu pun moist 

Aku suka bau ubi kayu tu

25 comments:

  1. Dah lama tak mkn bingka ubi..
    Rajin betul Dana..
    Akak beli je..
    Kalau dekat boleh hulur piring šŸ¤­

    ReplyDelete
  2. wahhhh boleh guna air fryer! Nak try buat tapi takde sape nak makan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dik oi... heheheh, kalau gitu beli jelah

      Delete
  3. Sedapnya bingka ubi. Saya belum lagi gunakan air fryer untuk bakar2 kuih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang malas nak guna oven itu pakai je air fryer kak

      Delete
  4. Sedapnya bingka ubi. Bagusnya boleh guna air fryer gak. Senang kerja macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dik... fungsi sama lebih kurang macam oven kan

      Delete
  5. Cari ubi kayu, tak jumpa lagi ni. Teringin nak rebus cicah sambal tumis je pun.

    Berbaloi sungguh Dana beli AF, dah macam-macam dimasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak dana pun tingin nk makan ubi rebus cicah sambal, tapi Edy beli ubi pun 2 ketul je itu buat bingka

      Delete
  6. wahh..sedap ni Dana, akk pernah buat time PKP tahun lepas, tapi tak jadi sangat..rasa dah okey.Nanti nak cuba guna resepi Dana lah, nampak mudah.

    ReplyDelete
  7. Senang dan mudahnya kak dana buat bingka ubi pakai air fryer jeeee, berbaloi beli air fryer kan kak dana hahaha. Cara nak buat punnn senang.

    ReplyDelete
  8. sedapnya bingka ubi rjn dana olah

    ReplyDelete
  9. menjadi nampak bingka tu. saya pun suka makan bingka ubi kayu, tapi biasanya beli je kat gerai depan rumah.

    ReplyDelete
  10. Bingka ubi! Dah lama tak makan. Kalu teringin, saya beli je sebab kat rumah xde yang suka makan bingka ubi ini hehehe :)

    ReplyDelete
  11. ini antara kuih feveret asben aida.
    susah nak jumpa kalau nak beli.
    pernah aida buat sekali, dana.
    tapi guna oven.
    ni boleh la tiru dana, guna air fryer.

    ReplyDelete
  12. Memang nampak sedap..elok kejadiannya...masalah akak x leh makan ubi..apa je jenis ubi...jeles tgok korang bleh makan macam- macam

    ReplyDelete
  13. Sedapnya binka ubi.. Tapi tu lah.. Kalau buat tak ada yang nak makan.. hehehe..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...