Friday, January 22, 2021

RESEPI DORAYAKI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini sejuk betul, hujan lebat dari petang bawak ke malam. Yelah lama dah tak hujan kat sini.

Seperti biasa aku akan berkongsi resepi hari ini. Jumaat adalah hari untuk berkongsi dan sedekah, yelah sedekah ilmu masak yang tak seberapa ini 😁😁. Beberapa minggu lepas si Aiyan cakap bila mama nak buat dorayaki, katanya dia makan bila cikgu di transitnya bagi. Sedap dorayaki coklat. Beberapa hari jugakla dia berzikir kat telinga mamanya. Jadi bila bahan dah cukul dan datang kerajinan buatla mamanya.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandun

1/2 sudu kecil baking powder

3-5 sudu besar susu fresh milk (susu apa pun ok)

1/4 cawan gula

1 sudu besar madu

2 biji telur

Sedikit garam

Nutella@inti ikut kesukaan

Cara masak:

- Pukul telur dengan gula menggunakan whisk hingga kembang sikit, tak perlu lah macam nak buat kek

- Lepas tu masukkan madu, garam, baking powder dan susu kacau lagi akhirnya masukkan tepung sedikit demi sedikit, kalau nampak pekat sangat tambah susu lagi.

- Gorengkan dalam kuali non stick , letak 1 senduk gunakan api kecil, bila dah berbuih terbalikkan lepas tu boleh angkat

- Boleh sapu dengan nutella atau apa jem kesukaan dan tutupkan dengan 1 keping lg supaya jd bentuk macam dorayaki.

Kat rumah tiada susu segar, pakai jelah susu strawberi ni

Pukul telur dan gula, hingga gulahancur semua

Masukkan bahan lain, kalau pekat tambah lagi susu tau

Kita letak dalam pan ni sesenduk jangan besar-besar

Bila berlubang-lubang gini baru boleh terbalikkan

Gini rupa dia... 

Sebelah dalam rupa macamni

Ini rupa cantik sikit bawah tu heehehe

Lepas di letak nutella... rupa agak comot hehehejeh

Letak nutella dan inti coklat .. yang penting Aiyan makan habis... 

23 comments:

  1. booked mark!! hehe sbb nak cuba buat :)

    ReplyDelete
  2. eh entry kita ala2 sama bentuk...dana dorayaki..akak aiskrim goreng..kira bentuk bulat hehe..pernh gk tgk resepi dorayaki tp tk try lg

    ReplyDelete
  3. like3...doraemon suka sy pn suka kuih ni..sedapnya mkn panas2 lembut je

    ReplyDelete
  4. Letak strawberry jem pun best juga ni. Mekasih Dana, share resepi. :)

    ReplyDelete
  5. Wah mudah je buat dorayaki ya Dana.Selama ni tak terfikir nak buat sebab takde permintaan...boleh try ni.

    ReplyDelete
  6. boleh buat untuk sarapan anak-anak nie.. sedap dan menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. hehe terus terbayang doraemon dana :)

    ReplyDelete
  8. Comelnya dorayaki..boleh cuba buat nanti

    ReplyDelete
  9. Mudah je nak buat dorayaki.Boleh cuba. Tq untuk resepinya kak. Macam ni rajin lah Aiyan minta mama buat :)

    ReplyDelete
  10. le senang je rupanya buat. aku selalu tepung yg dah sedia tu. pastu taruh apa aja inti ikut suka

    ReplyDelete
  11. Tq kak dana share resepi, boleh shida cuba nanti :)
    sedap pulak tgk dorayaki memalam ni ^_^

    ReplyDelete
  12. gituka dorayaki mmg ketinggalan kak ni kan

    ReplyDelete
  13. Tq tq Dana, kena try ni sbb mmg kami suka

    ReplyDelete
  14. fav anak2 saya juga ni kak dana hehe

    ReplyDelete
  15. Lebih kurang cam pankek ek dana. Sedap mkn panas2 ni. Tq sharing.

    ReplyDelete
  16. Terima teringat doraemon ok hihi

    ReplyDelete
  17. wahh elok kejadiannya kak! nak jugak la buat untuk breakfast this weekend

    ReplyDelete
  18. Wahhh mudah je nak buat dorayaki ye? Nanti boleh la Cik TK try!! Nampak sedap ni! Nyummy!!!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...