Thursday, November 26, 2020

PHOTO DIARY #37/2020

 Assalamualaikum semua,

Bertemu kita lagi di hari khamis yang dingin. Hari ini kita bersiaran di rumah sambil bermalasan. Rasa kadang tepu idea nak menulis. Jomla kita layan cerita bergambar ya kawan-kawan. Bila lah negeri Kuala Lumpur dan Selangor boleh left group PKPB ini ya, negeri lain ramai dah left group. huhuhu

2 minggu lepas, teringin pulak minum air nenas, kebetulan ada separuh nenas dah buang kulitnya rebus dan layan airnya dengan ais... 

mini satar popia beli dengan bekas kakak PPM Aiyan, sedap cukup rasa 

Bila aku BDR dan rasa malas masak tapi nak masak, aku akan masak nasi goreng dengan noxxa senang cerita 

manik dan pearl lama yang dah bercampur... nak buang sayang, ini lah yang aku guna untuk memanik extender, sambil saja-saja mengisi masa lapang

bila anak berbulu ini lepak depan grill, barang sampai pun malas nak ambil lagi, kang bukak pintu laju-laju berlari nak keluar budak-budak ni

bila inti kentang sardin dah habis, goreng telur dan sosej untuk jadikan inti popia

tambah lada hitam dan mayonis sebelum balut tu... 

jiran sebelah aku ni memang rajin membaking, sedap-sedap lak tu kek dia buat... aku cuma rasa syukur jelah hehehe

jumaat lepas balik dari pejabat, Edy kata nak beli ayam golek je... senang kerja cuma masak nasi je

kek lotus jiran bagi, ini pertama kali aku makan kek viral ini tau

jiran aku ni bila dia BDR memang kerjanya asik masak macam-macam

paparazzi sekodeng rumah, maktek kata Ecah sibuk nampak paklong nya ... terus petang tu dia ajak datang rumah aku

bila mama kerja dia suka sebab boleh sarapan kat luar di kedai kegemarannya.

25 comments:

  1. Untungnya jiran sebelah buat kek dapat rasa dan cuba kek baru.
    Hehe banyak gambar makanan. Ada 2-3 gambar Aiyan, kucing dan manik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah jiran sblh ni mmg rajin membaking, bila banyak BDR memang banyak gambar makanan je

      Delete
  2. bersyukur sebab untung jiran boleh bagi hasil "bakingan" barang semangkuk dua ye tak?? hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sgt ammi, tp kita lak rasa xsdp kalau tak balas heheheh

      Delete
  3. banyak betul manet tu, tapi kak dana creative! boleh buat mcm2 kan guna tu.. dulu ada tend yg diorg buat beg guna manit tu.. cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg akak cuma pandang je manik tu mls nk buat apa hahahah

      Delete
    2. tak lama lagi mood dtg la nak buat something ... simpan tau.. jgn buang

      Delete
  4. popia satar sedapnya..tringat beli kt ganu dlu....untung dpt jiran suka buat kek...sedap tu lotus biscoff cheesecake...yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dana bwli kt sini je kak, kalau akak nk dana boleh mintak dia cod ke umah akak... popia satar tu

      Delete
  5. terliur nengok segala jenis kek tu kak...nyum nyummmm

    ReplyDelete
  6. makin banyak pula gambar makanan bila scroll ke bawah..aishhh menggoda betul tengok kek tu..haha

    ReplyDelete
  7. Dia punya takde idea, sekali masuk gambo, bikin Sis kelaparan oiii...

    ReplyDelete
  8. Dana ddk mana? Mcm friendly je kawasan tu, macam kat umh lama kakak ipar di Nilai.
    Sedapnya nampak kek tu, bertuah dapat jiran yg baik suka berkongsi rezeki, tapi rasanya mesti Dana pun suka berbalas2 kebaikan tu kan

    ReplyDelete
  9. Popia tu sedap makan hujan2 ni.. Yg lain2 pon semua sedap

    ReplyDelete
  10. semua sedap2 ni Dana
    alhamdulillah dpt jiran baik
    cam akak makcik jiran hari2 hantar he heee untung kita

    ReplyDelete
  11. Tengah diet ni, gambar biasa2 macam nasi goreng tu pun dah nampak terliur apakan lagi kek Biscoff tu. Aduhhh sedapnya..

    ReplyDelete
  12. air nenas...ahhh lama tak dapat, teringin pulak

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat jiran pandai baking, baik pulak tu share rezeki..:)

    ReplyDelete
  14. untung sekali dapat jiran yang rajin memberi berkongsi rezeki. Alhamdulillah.
    Kek tu belum cuba lagi. Sedap juga tu buat scrambbled egg dan sosej untuk inti popiah.

    ReplyDelete
  15. Dari mula PKPB puas cari kulit popiah kat area ni tak jumpa.
    Syok kan buat popiah sendiri ikut selera kita.

    ReplyDelete
  16. Murahnya nasi arab dia. rm3 je..kalau akak hari2 beli je la.malas masak. dah ada nasi murah.. hahaha

    ReplyDelete
  17. mmg saya layan gmbar2 dlm entri kak dana..lg2 makanan tu semua hahaa..lapar terus ^_^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...