Friday, May 22, 2020

RESEPI PULUT PANGGANG

Assalamualaikum semua,

Ini pertama kali aku cuba buat ni tau... nasibla menjadi, aku google resepi paling mudah lepas tu aku buat ikut gaya aku. Inti dia guna serunding kelapa biasa, atau korang boleh jugak guna serunding ikan atau apa je ye. Aku ni boh udang kering dalam serunding tu.

Bahan-bahan:

3 cawan beras pulut ( rendam sekurangnya 2 jam)
1/2 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
daun pisang
serunding kelapa

Cara masak:

- Kukuskan beras pulut dalam dalam 1 bekas untuk 20 - 30 minit
- Dalam periuk lain, campurkan santan, minyak gula dan garam kacau hingga hancur gula garam boleh matikan api
- Bila beras pulut dah cukup di kukus, keluarkan dan gaulkan dengan santan yang kita dah campur dengan bahan lain. Gaulkan rata pulut dan santan tadi dan kukus lagi untuk 10 ke 15minit
- Bila dah agak sejuk boleh la bungkus pulut panggang, letak pulut dalam 2 ke 3 sudu dan ratakan pada daun pisang
- tambahkan seruding di tengahnya dan perlahan gulungkan hingga padat dan stapler tepi nya
- Bakar di pemanggang ajaib untuk beberapa minit dengan api kecil


ratakan dengan sudu plastik lebih mudah 

boh la serunding di tengah nya
biarla rupa gini pastu gulungkan dengan ketat dengan daun pisang
rupa entah macam apa

bakarlah lama sikit kalau yang suka garing sikit

bukan main besar gabak pulut panggang aku

ada jugak yang tak jadi hehehe... janji boleh ngap

kira ok lah, diaorang semua makan tanpa komen

dapat banyak jugaklah dengan 3 cawan tu... yelah dah aku buat versi besar gabak hehehe

16 comments:

  1. rasa tergiur pulak nak makan hehehe

    nampak sangat sedap

    ReplyDelete
  2. wow! bagusnya buat pulut panggang sendiri , hebat

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut hari raya aidilfitri hidana. maaf zahir batin sepanjang kita 'kenal' walaupun tak pernah bersua muka =))

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. Kami suka pulut panggang isi ikan.. Nak membakar dalam rumah kang berasap rumah. nak kena beli pemanggang ajaib jugak satu ni..

    ReplyDelete
  5. Pulut panggang yg ada inti memang best..kalau kosong kurang sikit...lagi sedap kalau buat hangus skit

    ReplyDelete
  6. Buat sendiri memang puas hati. Boleh letak inti banyak-banyak.

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap pulut panggang Dana :)

    ReplyDelete
  8. Macam ni besau baru kenyang.
    Kalau beli, secoet aje.

    ReplyDelete
  9. sedapnya pulut panggang, lagi2 inti dia yang menjadi.... berulang makan..

    ReplyDelete
  10. Rajin sungguh Dana..
    Nampak cantik kejadian pulut panggang Tu..
    Dah boleh ambil Oder ni..
    CH nak 10 🤭

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
    Mohon kemaafan sekiranya ada tak sengaja perkataan yang menguris hati selama ini.

    Rindu dengan Dana.

    ReplyDelete
  12. poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
    ayo di kunjungi agen AJOQQ :D

    ReplyDelete
  13. Puas hati bila buat sendiri inti pulut panggang dia penuh. Sebelum ni kalau beli inti secoet je kat tengah, sedih betul tengok.

    ReplyDelete
  14. alamak tuan, sedap nyer, dana!!!
    antara kuih kegemaran abah aida ni tau.
    pantang la abah ke pasar mlm kat kampung, ni wajib ada dibelinya. pulut panggang :)

    ReplyDelete
  15. Favourite mama Ni tapi x penah buat sendiri. Bolehlah Cuba nanti

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...