Friday, January 9, 2026

RESEPI SAMBAL HIJAU

 Assalamualaikum semua,

Tahun baru mesti la ada azam dan semangat baru kan, hari ini kita nak kongsikan resepi sambal hijau. Ini aku tengok juga resepi google lepas tu aku tambah baik ikut citarasa aku sendiri. Ini bukan la jenis sambal hijau macam makan dengan nasi padang tu tau. Sambal hijau yang sesuai buat makan dengan nasi, buat cicah, makan dengan cucur, lempeng dan punten. Sambal ni memang pedas, masam, manis dan masin.

Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

15-20 biji cili api bangla, kisar

30 biji cili padi hijau, kisar

6 biji cili hijau besar, kisar

8 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang holland, kisar

2 biji bawang holland, potong nipis

1 sudu besar pes asam jawa

2 sudu besar gula merah

3 sudu besar gula pasir

Garam secukupnya

1 jemput bilis, kisar

1 mangkuk kecil bilis

3 senduk minyak masak

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan-bahan yang kita kisar, hingga pecah minyak.

- Selepas pecah minyak masukkan bilis dan bawang yang hita hiris, masak lagi biar bawang layu dalam 10 ke 15 minit.

- Masukkan gula merah, gula pasir dan asam jawa, masak lagi sampai bertukar warna sambal tu gelap.

- Akhir sekali tambahkan garam dan rasa dulu sambal ini ya. Boleh matikan api bila dah secukup rasa.








warna jadi gelap sebab guna gula merah


Thursday, January 8, 2026

PHOTO DIARY #01/2026

 Assalamualaikum semua,

Entri photo diary pertama di tahun 2026. Awal tadi mengantuk betul tapi aku tak jumpa mana entah tuala kecil untuk aku tutup muka kalau nak tidur. Pusing-pusing cari tak jumpa udahnya buat entri la dulu dan nak tidur tak boleh. 

Jom tengok cerita bergambar.

Stokin beruang baru

Hadapi la setiap harimu dengan senyuman

Tapai ubi dari kampung...sedap

Semalam dah pukul 7.20pagi tapi masih gelap

Sabtu sampai selasa dia dekat hostel... dia takde memang sunyi rumah

Makan serunding emak dengan pulut, ya Allah sedap betul

Boss baru aku, handsome tak? Rambut hitam lagi umur dia tahun ini 59tahun

Dapat ole-ole kawan pejabat pergi umrah

Bonet kalau balik kampung memang penuh, barang untuk 2 keluarga

Cantik bunga orkid makngah, aku takde jenis macamni lagi

Cantik sangat

Bunga matahari

Atok ajak makan durian, dia pun makan la 2 ulas.. dia bukan makan durian sangat pun

Paksu kata dia masa tingkatan 2 takde pun misai dan jambang macam Aiyan hehehe

Wednesday, January 7, 2026

OLE-OLE BALIK KE SELANGOR

 Assalamualaikum semua,

Selepas sarapan terus la kita pusing-pusing rumah kan pastu panggil paksu suruh ambil plastik pergi depan rumah. Suruh dia kutip buah mulberi, nampak lebat betul buahnya boleh buat kordial. Lepas tu dok tengok rambutan lak ada sikit lagi, suruh paksu dengan makyah ambil galah petikkan rambutan. Dapat banyak jugak rambutannya walaupun pun dah tinggal sikit. Abah tanya nak ubi kayu tak? mesti lah nak kan... Abah suruh paksu pergi depan bawak kereta sorong cabut ubi kayu. Abah tanya lagi nak kelapa muda tak? boleh je... petik kelapa muda lak. Ada kelapa biasa dan kelapa pandan. Biasanya kalau adik ipar balik kampung dia suka sangat petik kelapa muda. 

Sorang petik dengan gunting, sorang lagi dengan kayu bentuk Y 

Bila rambutannya tinggi sangat 2 orang tu tak pandai nak gunting, abahla tolong buat

dapatla merasa jugak rambutan tepi rumah ni

Untung adik bongsu aku ni, sejenis adik yang melayan je perintah kakak-kakaknya

Kami petik dapat banyak jugak ni

Makngah bising kata yang belah tepi parit ni banyak kenapa tak petik... takut terjerumus dalam parit hehehhe

Dia petikkan dapat banyak ni lagi

paksu dan abah cabut ubi kayu depan rumah



teringat kat adik ipar

petai mak simpankan dari minggu lepas dari pokok belakang rumah

buah nanas depan rumah

Tuesday, January 6, 2026

BALIK KAMPUNG AHAD 4/1/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari ahadnya pula, kita makan seperti biasa lah kan. Aktiviti dari pagi adalah berjalan-jalan keliling rumah sebab sabtu petang tu dah makan macam-macam makanan. Pusing rumah bukan saja-saja tapi pusing rumah nak cari apa benda yang boleh bawak sebagai bekal balik ke rumah heheheheh. 

pagi itu mak masak nasi goreng kerang, sebabnya Edy dan Aiyan jenis sarapan menu berat
mak ada goreng pisang dan sukun sikit


aku jamah nasi goreng sikit je sebab..... 

pagi tu aku nak sarapan nasi sejuk dengan asam pedas kepala lagi heheheh


dalam pukul 10 pagi jalan-jalan ke rumah atok pulak, nyai bagi sukun goreng juga... sedap

Pukul 1 petang mak dah siap masak mak suruh makan dulu. Sayur pakis dan mee putih

lauk istimewa, kari ikan merah dan jenahak

Mujur jugak aku makan masa ni sebab lepas tu tak dapat nak berhenti makan sebab jalan jem sampai la rumah

Monday, January 5, 2026

BALIK KAMPUNG SABTU 3/1/2026

 Assalamualaikum semua,

Hari sabtu baru ini aku ajak Edy balik kampung kat Johor. Balik sekejap je janji balik jenguk keluarga di kampung. Aku mintak Edy ambil cuti sabtu, jadi lepas abis hd terus balik ke kampung. Masa balik tu jalan ok lancar je sampai ke kampung. Gerak dari Kuala Lumpur pukul 12 tengahari dan sampai kampung dalam pukul 5 petang. Sampai kampung, makan memang wajib la, lepas tu malam ajak mak teman ke Ecoshop Pontian nak ajak makan-makan emak kata kenyang dah. Kalau ikutkan mulanya janji nak balik kampung sekali dengan maktek tapi keluarga maktek kene sakit mata jadi kami jelah balik.


Berhenti makan di R&R Seremban dalam pukul 1 petang

nasi goreng kampung RM10

nasi goreng cina Aiyan RM10 juga

Sampai rumah terus dok cari buah ceri surinam ni... dapat 6 biji je emak cakap lepas musim berbuah dia beberapa minggu lepas buah banyak

geng jambang

Roti prata inti kentang, emak buat khas untuk orang yang nak balik kampung

asam pedas kepala mayong, permintaan aku

karipap pusing bawak dari Ukay perdana

churos paksu beli kat pasar petang

dia punya nikmat tu... 

mak ada masak gulai cili api telur itik, sebab Edy tak makan asam pedas mayong

ke bandar Pontian

kat Dataran Pontian

Sampai rumah dalam pukul 9.30 abah balik dari kenduri dapat nasi ambeng, bagi kat Edy suruh makan sebab semua oarang dah kenyang.