Monday, April 21, 2025

DUGAAN BALIK RAYA

 Assalamualaikum semua,

Asyik terlupa je nak cerita dengan kawan-kawan dugaan kami nak balik raya. Kami kan balik hari sabtu jalan memang jem tapi itulah kalau dah tertulis takde apa boleh nak halang. Dalam perjalanan ke tol gombak, kereta kami kene langgar dari belakang. Mujurla masa tu Edy yang ada, jadi dia la yang uruskan semua hal. Mujur masa tu kami memang tengah tekan brek, jadi tak kene kereta depan. Kemalangan 3 kereta, kereta belakang sekali yang salah sebab langgar kereta belakang lepas tu kereta belakang terlanggar kami. Kemek jugak la sikit belakang tu, tapi masa tu boleh bergerak lagi untuk balik kampung.

Mujurla kereta Vios belakang kami tu ok, semua yang terlibat tak kalut. Semua yang terlibat ambil nombor telefon masing-masing dan buat repot polis. 


rupa kereta yang langgar kami

kereta ini lah punca

Mangsa jugak, nasibla kereta ini masa tu tengah brek jadi tak kuar langgar kami


nampak tak kemeknya tu

Friday, April 18, 2025

RESEPI RENDANG AYAM GORENG

 Assalamualaikum semua,

Masih raya lagi kan, jadi aku nak kongsi kan resepi rendang ayam goreng. Biasa aku masak rendang boh sekali je terus. Tapi ini kejadiannya aritu la suruh Edy belikan ayam untuk masak rendang jamuan raya kelas Aiyan. Orang yang potong ayam tu, dia potong kecil-kecil, jadi kene lah goreng dulu ayamnya baru boleh masuk dalam rendang. Kalau tidak, habis hancur la rendang ayam nya ni. Bila dah buat rendang ayam goreng, bagi aku sedap pulak. Sebab kuah dia tu jadi rasa lebih lemak. Tak banyak air macam selalu. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:

2 ekor ayam

2 kotak kecil santan

2 pek rempah rendang adabi

8 ulas bawang putih, kisar

3 biji bawang holland, kisar

4 batang serai, kisar

2 inci kunyit, kisar

2 sudu jintan, kisar

3 sudu ketumbar, kisar

2 biji cili api, kisar

2 batang serai, ketuk

Daun kunyit dan daun limau purut

1 ketul gula melaka.

3 keping, asam keping.

Garam secukupnya.

Cara Masak:

- Perapkan ayam dengan kunyit, halia dan bawang putih tumbuk sedikit garam. Gorengkan separuh masak.

- Tumiskan serai yang diketuk dan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.

- Bila dah pecah minyak, masukkan perencah rendang masak lagi.

- Masukkan gula melaka dan asam keping. Masak lagi biar betul- betul masak.

- Masukkan ayam, gaulkan rempah rendang tu. Tutupkan periuk untuk 10-15 minit biar ayam betul masak.

- Masukkan santan, tambahkan garam. Renehkan biar kuah pekat lagi. 

- Akhir sekali tambahkan daun kunyit dan daun limau purut. Matikan api


ini kalau tak goreng dulu memang hancurla ayam tu

goreng separuh masak je














Monday, April 14, 2025

UNITED MALAYSIAN ORCHIDS

 Assalamualaikum semua,

Kisah ini bermula selepas ternampak di blog kak AnaJingga lah pasal ladang jualan orkid. Terus tergoda dan ajak Edy pergi tengok-tengok. Memang luas ladangnya tapi tetap bahaya sebab tak boleh nak tengok saja terbeli jugak. Melayang jugak lah RM108 dek membeli beberapa pasu bunga dan 2 batang orkid. Anggap je benda ni terapi, kita balik kerja belek dia tengok dia berbunga hati kita seronok. Walaupun sejak balik cuti raya aku buat-buat tak nampak je dengan rumput yang tumbuh subur tepi pasu bunga. Hahahahha

cantik tengok bila dia susun gini



Ini aku beli sepasu, aku takde warna pink macamni lagi



bunga orkid harimau yang selalunya pencinta orkid cari sebab bunganya cantik dan besar





ambil jugak sepasu bunga orkid putih, aku takde lagi orkid putih



Thursday, April 10, 2025

PHOTO DIARY #10/2025

 Assalamualaikum semua,

Pagi tadi sedikit sibuk, dah petang baru sempat nak jenguk buat entri dan berkunjung ke blog kawan-kawan. Hampir terlupa sebenarya hari ini khamis ingatkan rabu hehehehhe. Jadinya kita himpunkan lah semua gambar yang ada ya, jom layan cerita bergambar.

hari ini ada tempahan nasi lemak telur mata 30 bungkus

pukul 3.30 pagi dah bangun masak

telur mata nan 30 biji

guna dua kuali terus biar cepat sikit

beg doraemon, bila pi dialisis memacam bekal bawak

macam berkelah kan

kalau kita panggil dia senyap, rupa gini lah dia nya


tak sabar nk tunggu warna bunga ini

geram dengan belalang yang suka makan daun orkid

bunga ros mini makngah, kecik sangat dan comel

teringat kari daging emak , makan masa balik raya aritu

masa balik kampung aritu, ajak pi mixue