Thursday, March 20, 2025

PHOTO DIARY # 8/2025

 Assalamualaikum semua,

Beberapa hari ni panas betul, hujan pun lama dah tak turun kat rumah tu. Tapi ada beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Selangor yang hujan lebat, kat Johor pun adik cerita semalaman hujan je. Tahun ini tak menentu cuaca, bila keluar tengahari untuk ambil Aiyan kat sekolah panas terik betul, sampaikan rasa macam malas nak ke pejabat semula. Hahahah... 

Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Ambil gambar dalam gelap... awal naik ke pejabat hari ini

pukul 7.05 pagi dah mendaki naik tangga ke tingkat 7, sengaja malas hidupkan lampu

bangunan felda yang sudah ditinggalkan

Menu berbuka puasa ke 18, mehun goreng dan kuih-kuih 

hantar sikit mehun kat maktek dan jiran sebelah-sebelah

setiap hari ada je monyet datang dok usha buah betik sebelah rumah

hari rabu rutin dialisis, seronok tengok jururawat situ sibuk nak cantikkan bilik dengan pasang lampu liplap 

menu 17 puasa, nasi dagang dan kuih-kuih

selasa kan kami cuti, jadi crab rangon untuk jiran sebelah

buat banyak mudah kerja

Menu berbuka 16 puasa

Kawan pejabat pergi beli kat Cik Siti Keramat, kita kirim la

dapat baju baru lagi... untuk betul pejabat sekarang ni banyak buat baju tshirt

semangat siap pakai tanda nama lagi kan, maklum dah lama tak masuk kerja 

Menu berbuka hari ke 15, kuetiaw goreng dan kebab

katanya nak cari roti john tapi ramai orang, tu ke kebabjoy pulak 2 beranak ni

Penuh freezer dengan stok popia carbonara 

hari Ahad, pukul 10 pagi dah keluar untuk cari baju raya

Ini tak beli, saja je untuk bergambar. Mujur dapatla baju raya dia

Tuesday, March 18, 2025

PROJEK KUIH DI BULAN PUASA

 Assalamualikum semua,

Hari ini lambat buat entri, tadi siapkan buat inti popia carbonara untuk jualan frozen. Bolehla buat tambah duit raya kan heheeh. Tahun ini tak dapat nak buat kuih, sebab memasing sibuk kerja luar. Sepanjang bulan puasa ni nak tengok ada 20 orang di pejabat pun susah. Minggu pertama puasa sempatla buat kuih. Kami buat agar- agar santan je. 

Bila dia tak sibuk dapatla bantu kami masak

Aku tak pernah lak jumpa agar-agar ada warna gini

Hasilnya jadi warna lain-lain

Pukul 3 petang kami potong

Santan gula merah

Santan pandan


Pelbagai warna, cantik kan



Kita edarkan untuk kawan-kawan




Tukang edar kuih

Monday, March 17, 2025

MEIJI PLAIN CRACKERS ORIGINAL

 Assalamualaikum semua,

Selepas seminggu cuti sakit otak macam tepu pagi ini untuk buat entri. Aku nak kongsi biskut yang sedap ini, kononnnya untuk diet la. Tapi sedap juga rasanya, cumanya harga dia agak sedikit mahal lah. Beli masa aku masuk hospital lah tu, buat kudap masa lapar memalam tu kan. Dia ada 3 perisa, biasa, bijan dan oat. Aku suka yang biasa, yang bijan ok jugak tapi dia ada bau `savoury` minyak bijan. Oat aku tak pernah beli cuba lagi.

Pek yang kecil isi nya ada 4 pek kecil harga dalam RM 6 ke RM7

Dalam 1 pek kecil ini ada 7 keping 

nipis dan kecil je


Aiyan makan dengan jem, sedap katanya

Friday, March 14, 2025

RESEPI MURTABAK AYAM

 Assalamualaikum semua,

Aku dah lama nak kongsi resepi ini tapi asyik lupa je. Tetiba datang idea untuk dijadikan frozen dan jual di kedai. Intinya boleh juga dibuat inti popia atau samosa. Mudah dan ini sesuai untuk bulan puasa kan. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih, cincang

1 biji bawang holland, potong dadu

2 pek kecil serbuk kari , bancuh dengan air panas

3 biji kentang, potong dadu

1 kiub ayam

4 keping ayam kisar Ramly

Gula dan garam

1 mangkuk daun bawang ( boleh tukar daun lain)

Kulit popia

4 biji telur

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga kekuningan.

- Masukkan bancuhan kari, biarkan untuk 5 minit biar serbuk kari masak.

- Masukkan kentang dan kuib ayam. Tutupkan periuk dengan penutup masak dengan api kecil hingga kentang empuk.

- Masukkan ayam kisar, kacau hingga hancur semuanya. Tambahkan gula dan garam.

- Akhir sekali masukkan daun bawang, masak hingga inti kering dan matikan api. Sejukkan

- Ambil beberapa senduk inti, campurkan dengan telur. Letak di tengah kulit popia, dan goreng dalam kuali pan dengan sedikit minyak. Bila dan kekuningan boleh angkat dan siap.









Biarkam hancur isi ayam kisar tu

Kalau letak daun sup lagi sedap bau








Pastinya inti banyak

Untuk dibekukan