Assalamualaikum semua,
Kisah ini bermula selepas ternampak di blog kak AnaJingga lah pasal ladang jualan orkid. Terus tergoda dan ajak Edy pergi tengok-tengok. Memang luas ladangnya tapi tetap bahaya sebab tak boleh nak tengok saja terbeli jugak. Melayang jugak lah RM108 dek membeli beberapa pasu bunga dan 2 batang orkid. Anggap je benda ni terapi, kita balik kerja belek dia tengok dia berbunga hati kita seronok. Walaupun sejak balik cuti raya aku buat-buat tak nampak je dengan rumput yang tumbuh subur tepi pasu bunga. Hahahahha
![]() |
| cantik tengok bila dia susun gini |
![]() |
| Ini aku beli sepasu, aku takde warna pink macamni lagi |
![]() |
| bunga orkid harimau yang selalunya pencinta orkid cari sebab bunganya cantik dan besar |
![]() |
| ambil jugak sepasu bunga orkid putih, aku takde lagi orkid putih |
























































