Assalamualaikum semua,
Ini cerita khamis lepas, biasanya ada 2 bas yang pergi tapi sebab murid PPKI dah makin bertambah ramai jadi di pecahkan pergi 1 bas dulu bulan ini, 1 bas lagi bulan 9 nanti pulak . Kali ini dia tengok filem `Minions and Monsters` best katanya, masa ambil dia tu adalah diceritakan jalan ceritanya. Dia cakap best mama, nanti boleh tengok pulak dengan adik Ecah. Dia akan main boling dulu lepas tu baru tengok wayang. Itu yang balik pukul 2 petang. Dari sekolah rendah memang dah ada terapi boling ni dan audio visual. Dulu mamanya dah belajar dekat Universiti baru reti main boling, dia dari sekolah rendah dah dapat main.
Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) didedahkan dengan aktiviti seperti terapi boling dan terapi audio-visual (menonton wayang) kerana ia mempunyai pelbagai fungsi dan manfaat penting untuk perkembangan mereka. [1, 2]
Berikut adalah sebab utama mengapa aktiviti ini dijalankan:
1. Terapi Boling
- Kemahiran Motor: Membantu melatih dan menguatkan koordinasi motor kasar dan motor halus murid (contohnya, mengimbangi badan dan menghayun bola).
- Fokus dan Konsentrasi: Memerlukan murid untuk memberi tumpuan (fokus) kepada sasaran (pin boling) sebelum membaling.
- Kemahiran Sosial: Mengajar murid tentang giliran, mematuhi peraturan permainan, dan berinteraksi dengan rakan-rakan. [1, 2]
2. Terapi Audio-Visual (Menonton Wayang)
- Pengamatan dan Deria: Merangsang deria penglihatan dan pendengaran murid melalui visual berwarna-warni dan kesan bunyi yang dinamik di pawagam. [1, 2, 3]
- Pengurusan Emosi dan Sensori: Bagi sesetengah murid (seperti autisme), suasana gelap dan bunyi yang kuat membantu mereka membiasakan diri dengan persekitaran mencabar (latihan desensitisasi) selain belajar mengawal emosi. [1]
- Pembelajaran Tingkah Laku: Mendidik murid tentang peraturan sosial di tempat awam, seperti duduk diam, tidak bising semasa tayangan, dan menghormati penonton lain. [1]
Tujuan Keseluruhan (Objektif)
Secara keseluruhannya, aktiviti di luar bilik darjah ini adalah sebahagian daripada proses Pendidikan Sepanjang Hayat dan Pengurusan Kehidupan. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada dunia luar, membina keyakinan diri, mengelakkan rasa terasing, dan menyediakan murid ini untuk berdikari apabila berhadapan dengan masyarakat pada masa hadapan. [1, 2]
Ini kita tanya kt google. Sebab tu dari sekolah rendah mereka dah ada terapi-terapi ini. Tapi kan memang betul semua ini, sebab dulu Aiyan takut bila dengar bunyi kuat, dia akan nangis sambil tutup telinga, sekarang dah ok je.
![]() |
| masa balik tu |
![]() |
| Pergi 1 bas dan 1 van |







Seronok ya Rayyan, buat banyak aktiviti.
ReplyDeleteItulah memang seronok dia, ada je aktiviti nya
DeleteTak terfikir pulak kan, main boling dan menonton wayang boleh jadi terapi untuk mereka. Bagus Dana share carian Google tu, sama-sama dapat ilmu.
ReplyDeleteDana main boling zaman U kan, akak sampai sekarang masih belum pernah main boling 🤭😆
Itulah kak, memang dulu ada cikgunya beritahu kenapa diberi terapi itu semua. Sebab ppki Aiyan ada pelbagai jenis oku, terapi ini semua memang membantu.
Delete